Siakap Keli
Paramedik Terpaksa Bonceng Mayat Lelaki Meninggal Dalam Hutan
Gambar via Daily Star

Tak Ada Cara Lain, Paramedik Terpaksa Bonceng Mayat Lelaki Meninggal Dalam Hutan

Tak Ada Cara Lain, Paramedik Terpaksa Bonceng Mayat Lelaki Meninggal Dalam Hutan

THAILAND – Pasukan paramedik terpaksa membawa keluar mayat seorang lelaki untuk pergi ke hospital dengan diikat pada bahagian belakang badannya bagi dibawa menggunakan motosikal, lapor Daily Star.

Paramedik difahamkan terpaksa berbuat demikian disebabkan tiada cara lain untuk membawa keluar mayat tersebut disebabkan kawasan yang didiami merupakan kawasan terpencil yang terletak di tengah hutan.

Seorang pekerja paramedik bernama Montree Phiewphong dan abangnya Apichart merupakan mereka yang ditugaskan untuk membawa mayat itu keluar dari hutan tersebut.

Mayat itu merupakan seorang penduduk kampung bernama Leuang Chodkasem, 73, meninggal disebabkan rebah ketika memetik buah-buahan di hutan pada 14 Ogos lalu.

Adik beradik itu bergilir-gilir mengikat mayat lelaki itu ke belakang badan mereka ketika mereka menunggang motosikal untuk melalui kawasan terpencil di hutan Taman Negara Thap Lan, yang tidak boleh diakses oleh mana-mana trak pikap.

Klip video kejadian itu menunjukkan mayat tersebut telah dibalut dengan kain putih dan diikat ke belakang badan paramedik menggunakan pita oren terang ketika mereka menunggang melalui kawasan rumput panjang.

Emergency workers Montree Phiewphong and his brother Apichart carried the corpse of villager Leuang Chodkasem, 73, on August 14 after he collapsed while picking fruits in a forest in Nakhon Ratchasima, Thailand.

Montree berkata, “ini adalah satu-satunya cara untuk membawa mayat si mati keluar dari tempat kejadian. Laluan itu terlalu sempit untuk kereta, jadi kami perlu mengikatnya dengan selamat di belakang motosikal kami,” jelasnya.

Menurut anak si mati, dia dilaporkan berjalan jauh ke dalam hutan pada 13 Ogos petang untuk mencari beberapa buah myrobalan hitam untuk dituai tetapi loceng penggera dibunyikan apabila dia tidak pulang ke rumah.

body of villager Leuang Chodkasem, 73, on back of motorbike

Sehingga kira-kira jam 6 pagi, anak lelakinya yang resah kembali untuk meneruskan pencarian dan menemui mayat bapanya yang tidak bernyawa di bawah sebatang pokok.

Pihak berkuasa dipanggil untuk membantu mendapatkan mayat si mati, tetapi ia terbukti sukar kerana kawasan kematian itu terletak lebih 30 minit dari rumah yang terdekat.

Pihak paramedik terpaksa menuruni denai yang terlalu besar yang juga tidak boleh dilalui oleh kenderaan besar.

Justeru, Montee dan Apichart terpaksa menunggang motosikal dengan badan mayat diletakkan pada bahagian belakang badan untuk mengelakkan diri mereka dari berasa penat.

The emergency workers secured the body to the back of the motorbike

Mayat telah dibawa ke Hospital Wang Nam Khiao, di mana pemeriksaan bedah siasat akan dijalankan untuk menentukan punca kematiannya.

Apichart, paramedik kedua yang terlibat dalam membawa keluar mayat, memberitahu, “kejadian itu akan kelihatan pelik kepada orang ramai apabila mereka melihat orang mati berada di belakang motosikal,” katanya.

“Kami berdoa untuknya dan memberi penghormatan apabila kami telah tiba di kuil,” jelasnya lagi.

Sumber: Daily Star

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani