Siakap Keli
Kredit: What's On Weibo

Wanita China Ditahan Polis, Pakai Pakaian Tradisional Jepun ‘Yukata’

Seorang cosplayer China telah ditahan oleh pihak polis kerana berpakaian seperti watak dalam sebuah komik Jepun (manga) dengan kata-kata seperti “Kau memakai kimono, walaupun kau orang China. Kau tu orang China!”

Gadis China tersebut sedang mengambil gambar dirinya yang berpakaian yukata ketika ditahan oleh polis tempatan Suzhou atas sebab ‘memulakan pembalahan’ dan ‘mencetuskan masalah’.

Terdapat satu video yang tular di media sosial China pada minggu ini, menunjukkan beberapa polis tempatan sedang bercakap dengan seorang gadis.

Mereka menengking gadis itu kerana memakai yukata kerana berfikiran ia merupakan satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh warga China.

“Jika kau pakai Hanfu (pakaian tradisional China), aku tak akan cakap macam ni,”

Seorang anggota polis kedengaran menengkingnya dengan kenyataan,

“Tapi kau pakai kimono, walaupun kau orang China. Kau tu orang China!” 

Butiran Mengenai Penahanan Wanita Cosplayer

Rakaman video ini berhenti ketika wanita itu dibawa pergi oleh pihak polis. Insiden tersebut berlaku pada 10 Ogos berdekatan Jalan Huaihai di Daerah Baharu Suzhou. Jalan Huahai juga dikenali dengan nama “Little Tokyo” disebabkan kawasan tersebut menempatkan banyak perusahaan dan restoran Jepun.

Gadis tersebut dahulunya aktif di laman Weibo, juga dikenali sebagai seorang cosplayer, seseorang yang suka berpakaian seperti watak kisah fiksyen. Selain daripada hobi, cosplay ini juga dijadikan sebagai kerjaya oleh sesetengah cosplayer terkenal khususnya di peringkat global.

Gambar hiasan | Kredit: @anealic_ via Instagram

Pada petang 10 Ogos, dia mengenakan seperti Ushio Kofune yang merupakan watak daripada sebuah manga bersiri, Summer Time Rendering. Gadis itu telah memakai sejenis kimono kapas yang biasa dipakai pada musim panas, dikenali sebagai yukata.

Selepas dia mengambil beberapa gambar untuk memimik satu babak daripada kisah fiksyen tersebut, dia menunggu pesanan takoyakinya daripada gerai tempatan ketika pihak polis menghampirinya lalu menahan gadis tersebut.

Babak yang cuba dimimik oleh gadis tersebut | Kredit: Summer Time Rendering

Menurut hantaran media sosial yang dimuat naik oleh gadis itu, dia dilepaskan daripada balai polis lima jam kemudian selepas ‘disekolahkan’ dan kandungan telefonnya diperiksa oleh pihak polis.

Reaksi Warganet China

Insiden ini mula menjadi buah mulut warganet China pada malam 14 Ogos dan menjadi tular pada 15 Ogos, yang mana menandakan ulang tahun ke-77 kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

“Cosplay dah jadi bahaya sekarang?”

Beberapa komen di Weibo yang menunjukkan reaksi terkesima, manakala yang lain menganggap tindakan polis tersebut menyeramkan.

“Itu cosplay jer!”

“Bagaimana ini dikira sebagai pelanggaran undang-undang?”

Ada yang terpinga-pinga dan ada di antara mereka yang memanggil pihak polis tersebut ‘tidak kompeten’. Yukata yang dipakai oleh gadis itu dijual pada platform Taobao dengan harga 158 yuan (RM103.90).

Kredit: Taobao

Ulasan oleh pengulas politik di China

Seorang pengulas politik China, Hu Xijin juga mengambil berat mengenai isu ini menerusi media sosialnya. Walaupun beliau menekankan hak rakyat China untuk memakai pakaian tradisi Jepun di khalayak ramai, Hu juga menerangkan bahawa ada masanya hubungan China-Jepun menjadi tegang.

Ketegangan kali ini disebabkan kerjasama Jepun dengan AS “untuk membendung China”. Perkara ini mencetuskan rasa tidak senang wraga China terhadap Jepun dan menimbulkan persepsi yang berbeza mengenai maksud di sebalik pakaian tradisi Jepun tersebut.

Selain itu, Hu menulis:

‘Kimono bukannya pakaian tentera Jepun dan tiada sebab yang kukuh atas mengapa ia patut diharamkan.”

Namun begitu, Hu juga memberi amaran:

“Sesiapa yang ingin memakai kimono, saya akan menasihati anda untuk memberi perhatian kepada persekitaran anda bagi mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati dalam kalangan orang di sekeliling anda. Paling penting, cuba elakkan diri anda daripada menjadi pusat kontroversi yang tidak perlu. Tidak salah menghormati perasaan majoriti.”

Sumber: What’s On Weibo?

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma