Siakap Keli
Gambar: San Luis Obispo County Sheriff's Office

‘Curi’ Telefon Bimbit & ‘Call’ Talian Kecemasan, Polis Tak Sangka Pemanggil Misteri Rupanya Monyet

‘Curi’ Telefon Bimbit & ‘Call’ Talian Kecemasan, Polis Tak Sangka Pemanggil Misteri Rupanya Monyet

Walaupun tidak masuk akal namun ada sesetengah haiwan di dunia ini yang terlalu ‘bijak’ sehingga boleh meniru tingkah laku manusia.

Seperti seekor monyet di California, Amerika Syarikat ini yang dilaporkan telah membuat panggilan kecemasan kepada pihak polis ketika berada di dalam zoo.

Memetik laporan Times Now News, Pejabat Syerif Daerah San Luis Obispo dipercayai telah menerima panggilan 911 yang terputus pada malam Sabtu lalu.

Apabila pegawai cuba untuk menghubungi semula atau menghantar mesej, tiada jawapan yang diterima.

Susulan itu, pegawai polis dikerahkan untuk menyiasat mengenai ‘panggilan misteri’ itu.

Gambar: San Luis Obispo County Sheriff’s Office

Lokasi yang dikesan oleh mereka adalah di Zoo to You yang terletak di Paso Robles.

Setelah mendapati bahawa tiada sesiapa yang membuat panggilan di zoo tersebut, pihak polis mengesyaki bahawa ia dilakukan oleh monyet Capuchin yang dinamakan sebagai Route.

Monyet itu difahamkan telah mengambil telefon bimbit milik zoo yang berada di dalam sebuah kereta golf.

Gambar: San Luis Obispo County Sheriff’s Office

“Kami diberitahu bahawa monyet Capuchin mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi dan akan mengambil apa-apa sahaja yang berada di depan mata serta tidak takut untuk menekan butang-butang tertentu.

“Itulah yang dilakukan oleh Route, kebetulan ia menekan kombinasi nombor yang betul sehingga dapat menghubungi kami,” kata pejabat syerif menerusi kenyataan di Facebook.

Kejadian itu dimuatnaik di laman Facebook dan mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen terhibur dengan keletah lucu monyet tersebut.

BACA: Monyet Di Brazil Diserang & Diracun Warga Tempatan Ekoran Penularan Wabak ‘Monkeypox’

Sumber: Times Now News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.