Siakap Keli
Monyet Di Brazil Diserang & Diracun
Gambar via Google

Monyet Di Brazil Diserang & Diracun Warga Tempatan Ekoran Penularan Wabak ‘Monkeypox’

Monyet Di Brazil Diserang & Diracun Warga Tempatan Ekoran Penularan Wabak ‘Monkeypox’

BRAZIL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kesedihan mereka pada hari Selasa lalu atas pembunuhan monyet di Brazil disebabkan kebimbangan masyarakat akan penularan cacar monyet yang berleluasa, lapor ABC News.

Laman web berita Brazil G1 melaporkan, pada hari Ahad lalu sepuluh ekor monyet telah diracun dalam masa lebih kurang seminggu di bandar Sao Jose do Rio Preto, di negeri Sao Paulo. Kejadian serupa juga dilaporkan telah berlaku di bandar lain.

“Orang ramai perlu tahu bahawa penularan yang kita lihat sekarang adalah dalam kalangan manusia,” kata Margaret Harris iaitu jurucakap WHO semasa sidang media diadakan di Geneva.

Menurut WHO, Brazil telah mencatatkan lebih daripada 1,700 kes cacar monyet. Kementerian kesihatan negara di sana juga mengesahkan satu kematian berkaitan penyakit itu pada 29 Julai. Mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai imuniti rendah dan komorbiditi.

Beliau juga mengulas dengan memberitahu bahawa penularan boleh berlaku daripada haiwan kepada manusia, tetapi wabak baru-baru ini berkaitan dengan hubungan manusia sahaja.

“Orang ramai sudah tentu tidak boleh menyerang haiwan itu,” katanya.

Brazil mempunyai rekod serangan yang panjang terhadap monyet semasa wabak demam kuning juga.

Sejak Mei, hampir 90 negara telah melaporkan lebih daripada 29,000 kes cacar monyet. WHO telah mengklasifikasikan wabak penyakit yang jarang berlaku itu sebagai kecemasan antarabangsa pada bulan Julai lalu.

Sumber: ABCNews

Nurlizah Khazani