Siakap Keli
sepupu mizz nina hilang
Gambar: IG Mizz Nina

‘Last’ Dilihat Di Kampung Baru, Mizz Nina Rayu Orang Ramai Bantu Kesan Sepupu OKU Hilang

Kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Mizz Nina rayu orang ramai kesan sepupu OKU hilang.

Pempengaruh (influencer) dan aktivis kemanusiaan terkenal, Mizz Nina meminta bantuan orang ramai untuk mencari sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, yang didapati hilang pada 13 Ogos baru-baru ini.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, memuat naik foto Khairina menerusi akaun Instagram miliknya pada semalam bersama kapsyen “Adakah anda pernah melihat gadis ini?”

 

Gambar: Instagram Mizz Nina

OKU masalah pembelajaran, tidak memiliki telefon sendiri

Tambahan pula, menurut hantaran tersebut, sepupu Mizz Nina itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) dari segi masalah pembelajaran, tetapi masih dapat bertutur dengan baik.

Mizz Nina juga mengatakan bahawa sepupunya itu kali terakhir ditemui berdekatan rumahnya di Kampung Baru pada Sabtu.

Menurut beliau, Khairina tidak pernah meninggalkan rumahnya secara bersendirian dan tidak memiliki telefon bimbit. Ciri fizikal yang dimilikinya pula adalah berketinggian 146 sentimeter (cm) dan berat kira-kira 50 kilogram.

Pada akhir hantaran tersebut, beliau turut menyenaraikan empat nombor telefon yang boleh dihubungi orang awam jika ada sesiapa yang tahu akan keberadaan Khairina.

Selain itu, bekas suami Mizz Nina, Noh Salleh yang merupakan vokalis kumpulan Hujanย  juga turut sama berkongsi hantaran sama menerusi akaun Instagram miliknya.

 

Ramai yang menghulurkan rasa simpati dan memanjatkan doa agar sepupunya itu dapat ditemui semula.

Banyak kata-kata semangat yang diberikan menerusi komen-komen hantaran tersebut, termasuklah daripada rakan selebritinya sendiri seperti pelakon terkenal, Datin Lisa Surihani dan pengacara televisyen, Sarimah Ibrahim.

Sebelum ini, dunia hiburan tanah air bagaikan ‘digegar’ gegak gempita apabila Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan perpisahan mereka secara rasmi selepas bergelar pasangan suami isteri sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Imbas kembali, Mizz Nina pada asalnya merupakan penyanyi utama bagi kumpulan hip hop dan pop, Teh Tarik Crew dari 1999 sehingga 2007. Selepas itu, beliau bergerak solo dan mengeluarkan dua buah album.

Bagaimanapun kisah penghijrahannya bermula selepas menunaikan ibadah haji pada tahun 2013, di mana beliau tekad meninggalkan dunia hiburan dan beralih kepada perniagaan fesyen Islamik, aktiviti kemanusiaan, dakwah dan sebagainya.

Marilah sama-sama kita doakan agar Khairina Mohd Hishamuddin dapat pulang ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat.

Sumber: @officialmizznina via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, thereโ€™s nothing strange about that - Thoma