Siakap Keli
Curi Telefon Bimbit Ketika Tengah 'Live'
Gambar : Instagram

Lelaki Selamba Curi Telefon Bimbit Ketika Tengah ‘Live’ Di Instagram

Lelaki Selamba Curi Telefon Bimbit Ketika Tengah ‘Live’ Di Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia menunjukkan seorang pencuri melarikan sebuah telefon pintar ketika mangsa melakukan siaran langsung di aplikasi Instagram.

Video yang dimuat naik ke aplikasi Instagram menunjukkan kejadian berlaku di warung kopi di daerah Manggarai Selatan, Tebt, Jakarta Selatan.

Menerusi video tersebut jelas kelihatan dua wanita yang sedang  berbual di sebuah warung kopi sambil membuat ‘live’ di Instagram.

Secara senyap-senyap terdapat seorang lelaki yang memakai baju kemeja dan topi sedang memerhatikan mereka.

Pada satu ketika, lelaki tersebut berjalan ke arah mereka dan merampas telefon pintar yang berada di atas meja lalu melarikan diri.

Gambar : Instagram

Mangsa mengejar pencuri tersebut dan terdengar satu jeritan daripada seorang lelaki dan siaran langsung menunjukkan rakan mangsa cuba untuk mengejar pencuri tersebut.

“Ada pencuri bang,” kata rakan mangsa kepada pemilik warung kopi.

Mangsa cuba untuk menghentikan pencuri serta mendapatkan telefon pintar dengan menaiki motosikal namun gagal setelah diugut dengan menggunakan senjata tajam.

Terdapat banyak reaksi dan komen-komen yang diberikan oleh warga Instagram tentang kejadian tersebut.

Gambar : Instagram

Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ia telah mendapat hapir 500 tanda suka.

Sumber : Kosmo

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.