Netizen Berang, SUV Nyalakan Siren Dan Lampu Kecemasan Hanya Untuk Ke Tandas
THAILAND – Netizen Thailand berang akan pemilik sebuah kereta SUV hitam yang memandu secara laju dan menggunakan siren serta lampu kecemasan hanya untuk menggunakan tandas.
Rakaman dashcam SUV tersebut telah disiarkan di halaman Facebook Let Me Know If You Want To Be Famous Return Part 3.
“Kereta ini menghidupkan siren dan lampu kecemasan untuk melepasi kereta lain dijalan raya. Pemandu kereta ini memandu sebegini dari Pathun Thani ke wilayah Nakhon Nayok.
“Pada 14 Ogos jam 2 petang, tiada kecemasan atau kemalangan jalan raya yang dilaporkan. Perkara ini berlaku berhampiran Pejabat Pengangkutan Darat Wilayah Nakhon Nayok,” tulis kapsyen video tersebut.
Menurut video, lokasi kejadian berlaku di Jalan Rangsit-Pathum Thani di wilayah tengah Nakhon Nayok.
Video tersebut menunjukkan SUV tersebut dipandu secara laju, memotong setiap kereta di jalan raya dengan menyalakan lampu kecemasan dan siren yang dipasang sepanjang perjalanan.
Pemandu yang merakam video itu mengekori SUV tersebut sehingga sampai di tandas sebuah stesen minyak. Terdapat tiga penumpang yang keluar dari kereta dan masuk ke dalam tandas.
Mereka tidak nampak seperti dalam keadaan tergesa-gesa.
Dipercayai kereta SUV itu milik jabatan kerajaan atau wartawan berita negeri kerana terdapat pelekat lambang negara Thailand, pelekat bendera Thailand dan pelekat perkataan yang bertulis berita.

Dalam video tersebut juga jelas menunjukkan Suv itu mempunyai pelekat yang menyatakan Sukarelawan Bomba & Penyelamat Thailand.
Menurut Akta Pengangkutan Darat, pemandu perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Thailand sebelum memasang lampu kecemasan dan siren.
Permit tersebut sah selama tiga tahun sahaja.
Sesiapa yang menggunakan lampu kecemasan atau siren secara sengaja boleh didenda sehingga 1000 bath (RM126).
Sumber : Thaiger
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”