Siakap Keli
pemandu ambulans dakwa nampak sosok putih
Gambar: Instagram terangmedia

Baru Lepas Hantar Jenazah, Pemandu Ambulans Dakwa Terkejut Nampak ‘Sosok Putih’ Berdiri Kaku

Baru Lepas Hantar Jenazah, Pemandu Ambulans Dakwa Terkejut Nampak ‘Sosok Putih’ Berdiri Kaku

Menjadi seorang pemandu ambulans kadang kala bukanlah satu tugas yang mudah kerana perlu melalui pelbagai perkara yang tidak terjangka.

Hal ini termasuk peristiwa-peristiwa misteri dan seram yang perlu dihadapi oleh segelintir dari mereka.

Terbaru, tular satu video di negara seberang yang memaparkan kejadian ‘seram’ yang perlu dilalui oleh seorang pemandu ambulans selepas pulang menghantar jenazah.

Memetik laporan Otosia.com, pemandu ambulans tersebut didakwa telah dikejutkan dengan kehadiran ‘sosok’ putih yang berdiri di tepi jalan.

Kejadian tersebut didakwa bermula ketika pemandu ambulans terbabit menghantar seorang jenazah.

Apabila ingin pulang ke rumahnya, dia melalui satu jalan yang sunyi dan gelap.

Tidak lama selepas itu, dia tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran ‘lembaga’ putih misteri yang hanya berdiri kaku di tepi jalan.

Difahamkan, pemandu terbabit mengambil keputusan untuk berhenti di tengah jalan sambil terus menghidupkan lampu ambulans miliknya.

Dia juga dikatakan keliru sama ada mahu meneruskan perjalanan atau tidak kerana takut dengan ‘penampakan’ tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat ribuan tontonan di media sosial dan menerima pelbagai komen dari netizen.

“Fikir positif saja, mungkin dia peserta karnival yang ketinggalan rombongan,” kata seorang netizen.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

BACA: Wanita Dakwa Wajah Lembaga Seakan Budak Perempuan ‘Photobombed’ Dalam Gambar ‘Selfie’ Anaknya

Sumber: Otosia.com, terangmedia

Sofea

There's always another side to every story