Berang Dapat Tahu Anak Perempuan Cuba Dirogol, Wanita Nekad Potong Kemaluan Teman Lelaki
INDIA – Seorang wanita nekad memotong kemaluan teman lelakinya dengan menggunakan pisau dapur selepas suspek cuba merogol anak perempuannya, lapor Daily Mail.
Ibu yang berusia 36 tahun itu berjaya membongkar perbuatan kekasihnya 32, yang cuba merogol anak perempuannya 14, di Mahevaganj, Uttar Pradesh setibanya dia di rumah.
Mereka dilaporkan telah tinggal bersama selepas dua tahun sejak berpisah dengan suaminya yang pemabuk.
“Saya bekerja di ladang ketika kejadian itu berlaku,” katanya kepada Times of India.
“Nasib baik saya pulang ke rumah tepat masanya dan berjaya menangkapnya.”
Tertuduh panik dan cuba menyerangnya ketika dia cuba melindungi anak perempuannya.
“Jadi saya mengambil pisau dari dapur dan terus memotong bahagian sulitnya untuk memberi pengajaran kepadanya,” katanya.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku,” tambahnya lagi.
Menurut Pegawai Rumah Balai Polis Lakhimpur, teman lelakinya itu akan didakwa di bawah akta POCSO.
Pegawai itu turut berkata, keadaan tertuduh kritikal dan mungkin dipindahkan ke Lucknow untuk rawatan lanjut.
Tidak dapat dipastikan sama ada ibu tersebut bakal berhadapan dengan sebarang pertuduhan.
Sumber : Daily Mail
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”