Siakap Keli
Dua Mayat Kanak-Kanak Ditemui Dalam Beg Pakaian
Gambar via The Chronicle

Dua Mayat Budak Ditemui Dalam Beg Pakaian Untuk Dilelong, Dipercayai Disimpan Lebih Empat Tahun

Dua Mayat Budak Ditemui Dalam Beg Pakaian Untuk Dilelong, Dipercayai Disimpan Lebih Empat Tahun

Dua mayat kanak-kanak dilaporkan ditemui dalam beg pakaian yang disimpan dalam unit simpanan terbiar (loker) oleh satu keluarga dalam acara membida lelongan pada 11 Ogos lalu, di New Zealand.

Pegawai Polis NZ, Inspektor Tofilau Faamanuia Vaaelua berkata, pihak polis percaya mayat kanak-kanak dipercayai berusia dalam lingkungan lima dan 10 tahun itu telah berada dalam beg tersebut antara tiga hingga empat tahun yang lalu. 

Memetik Daily Mail, keluarga yang membawa pulang beg tersebut setelah berjaya membida secara atas talian kandungan loker simpanan yang tidak dituntut atau tidak berjaya membayar sewa tidak terlibat dalam kes tersebut. 

Difahamkan, pembeli tidak dibenarkan menyelongkar beg tersebut sebelum lelongan dan hanya  meneliti kandungan dan menemui hal tersebut sebaik sahaja tiba di rumah mereka. 

Menurut laporan, rakaman litar tertutup (CCTV) akan dianalisis bagi membantu siasatan memandangkan tempoh masa mayat disimpan terlalu lama. Dalam pada itu, Vaaelua juga mengesahkan bahawa masih terdapat saudara-mara mangsa yang tinggal di New Zealand namun masih belum dapat dikenal pasti secara rasmi. 

“Kami masih lagu mencari fakta kes dan masih banyak persoalan yang masih belum terjawab. 

“Saya percaya keluarga mangsa masih tidak menyedari bahawa orang tersayang mereka telah meninggal dunia,” jelasnya, lapor Daily Mail. 

Dalam pada itu, menurutnya, siasatan ke atas kes ini agak mencabar disebabkan oleh usia mangsa yang masih muda. Peralatan rumah dan barangan pribadi turut ditemui bersama-sama beg pakaian tersebut. 

Punca pembunuhan masih lagi berada dalam siasatan polis dengan kerjasama agensi polis jenayah anatarabangsa, Interpol. 

BACA: Dua Beradik Ditemui Mati Selepas Dipercayai Bertengkar, Kejadian Di Ipoh Pagi Tadi

Sumber: Daily Mail

Faiz Mustafa