Siakap Keli
sungai furat kering
Gambar: Google

Iraq Pernah Beri Amaran, Sungai Furat & Tigris Mungkin ‘Kering’ Menjelang 2040 Akibat Perubahan Iklim

Iraq Pernah Beri Amaran, Sungai Furat & Tingris Mungkin ‘Kering’ Menjelang 2040 Akibat Perubahan Iklim

Iraq pernah memberi amaran bahawa Sungai Tigris dan Furat yang mengalir di wilayahnya mungkin akan kering menjelang 2040 kerana paras air yang menurun dan perubahan iklim, menurut laporan yang dibentang oleh kerajaan tersebut pada 2021

Selama bertahun-tahun, pembinaan empangan di hulu Turki, Syria dan Iran telah menyekat sebahagian daripada aliran sungai Tigris dan Furat, yang menjadi tempat bergantung bagi Iraq.

Perubahan iklim menyumbang kepada peningkatan suhu dan hujan yang tidak menentu, mendorong kebimbangan kekurangan air di Iraq ke tahap yang baharu.

sungai furat kering
Gambar: Google

“Kadar penurunan air ke Iraq telah bermula secara beransur-ansur dan akan menurun kepada 30 peratus menjelang 2035,” kata Kementerian Sumber Air.

Aliran masuk air negara, semasa musim panas dianggarkan kira-kira 40 bilion meter padu. Penurunan bekalan kepada 30 peratus akan menyebabkan Iraq menerima 11 bilion meter padu sahaja setiap tahun, kata laporan itu.

Keperluan penggunaan air Iraq berjumlah 53 bilion meter padu setiap tahun, bermakna defisit akan meningkat kepada 80 peratus bagi negara ini yang dikenali sebagai tanah antara dua sungai sejak awal tamadun itu.

Bagaimanapun, majoriti bekalan air Iraq adalah sama ada dari sumber asal atau mengalir melalui negara-negara jiran, dimana negara-negara tersebut telah mengehadkan aliran untuk kegunaan negara masing-masing.

sungai furat kering
Gambar: The Times

Ia telah menjejaskan aktiviti pertanian di Iraq dan meningkatkan pencemaran air di kebanyakan kawasan di negara itu.

Penduduk Iraq yang semakin meningkat, salah urus air dan perubahan iklim juga memburukkan lagi akses rakyat negara itu kepada air.

Kemarau yang teruk akan menjejaskan negara menjelang 2025, kata laporan itu, dengan Euphrates hampir kering sepenuhnya di bahagian selatan, dan Tigris bertukar menjadi aliran air dengan sumber yang terhad.

Jun lepas, CNN melaporkan sebuah kota tua berusia diantara 3,400 tahun muncul di negara itu selepas sebuah empangan Mosul mengering akibat kemarau ekstream.

Kota yang ditemui di tapak arkeologi Kemune itu dipercayai merupakan Kota Zakhiku, yang wujud pada Zaman Gangsa, iaitu hub utama Empayar Mittani yang berdiri dari 1550 hingga 1350 BC. Wilayah empayar ini terbentang luas dari Laut Mediterranean hingga ke Utara Iraq.

Kota berkenaan ‘tenggelam’ selepas kerajaan Iraq membina empangan pada 1980-an, sehinggalah ia muncul semula selepas empangan berkenaan mula mengering sejak 2018.

Sumber: The National News, CNN, Arab News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka