Kawasan Sabah Yang ‘Bertukar’ Jadi Filipina Di Google Maps Telah Berjaya Ditukar Semula
PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Sabah dilaporkan telah ditukar nama oleh individu tidak bertanggungjawab dengan menambah nama negara Filipina dalam aplikasi Google Maps.

Menurut laporan Kosmo menerusi aplikasi tersebut, Lapangan Terbang Sandakan telah bertukar menjadi ‘Lapangan Terbang Sandakan Filipina’.
Selain itu, terdapat juga beberapa kawasan lain yang ditukarkan nama seperti Pasar Malam Tawau pada asalnya bertukar kepada Pasar Malam Tawau Filipina.
Hasil pemerhatian Kosmo, pertukaran ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan aplikasi Google Maps sahaja.
Terbaru, perkongsian terkini menerusi akaun Twitter @MyNegara menyatakan bahawa nama Lapangan Terbang Sandakan telah berjaya ditukarkan kepada nama asalnya di Google Maps.
Akaun Twitter itu juga turut menzahirkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua rakyat Malaysia yang berusaha menukarkan kembali nama asal kawasan-kawasan yang ditukarkan nama itu.
“Syabas dan terima kasih kepada semua warga Sandakan, Sabah dan Malaysia yang membantu mencadangkan pertukaran di Google Maps.”
#TERKINI – SYABAS! TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA Sandakan, Sabah dan seluruh Malaysia yang bantu buat suggestion Edit di Google Maps. Nama Airport Sandakan telah kembali kepada nama asal, bersatu hati kita mempertahankan kebenaran!
Kredit: SandakanKini pic.twitter.com/pqYZnHPXWl
— Negaraku Malaysia 🇲🇾 (@MyNegara) August 18, 2022
Sumber : Kosmo
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”