Siakap Keli
Gambar: Google

Kemunculan Semula ‘Batu Kelaparan’ Ekoran Cuaca Panas Di Eropah Didakwa Sebagai Petanda Buruk

Kemunculan Semula ‘Batu Kelaparan’ Ekoran Cuaca Panas Di Eropah Didakwa Sebagai Petanda Buruk

Kebanyakan sungai-sungai di serata Eropah mula mencatatkan paras air semakin berkurangan ekoran keadaan cuaca yang panas melampau.

Memetik laman Science Alert, penampakan batu-batuan yang diukir berabad-abad lalu telah kelihatan ekoran paras air yang kian merosot.

Difahamkan, makna ukiran pada batuan tersebut seolah-olah sebuah amaran kepada generasi akan datang mengenai kesukaran yang bakal dihadapi pada masa hadapan.

Akhbar tempatan turut melaporkan bahawa penduduk tempatan memberitahu batuan yang berabad itu dikenali sebagai ‘Batu Kelaparan’.

Batuan itu kelihatan setelah sungai-sungai di Eropah menjadi kering akibat berlakunya kemarau.

Salah satu batu yang dijumpai terletak di tebing Sungai Elbe, yang bermula di Republik Czech dan mengalir melalui Jerman.

Batu itu disifatkan wujud sejak 1616 dan terukir dengan amaran dalam bahasa Jerman.

‘Wenn du mich seehst, dann weine’ yang bermaksud jika anda melihat saya, maka risaulah.

 

Berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2013 , sekumpulan penyelidik Czech menyatakan bahawa batu-batu besar ini dipahat bertahun lalu kerana terdapat huruf awal pengarang yang telah hilang dalam sejarah.

Tambahnya lagi, inskripsi asas yang tertulis membawa makna amaran tentang akibat kemarau.

“Ia menyatakan bahawa kemarau telah membawa hasil yang buruk, kekurangan makanan, harga tinggi dan kelaparan bagi orang miskin.

“Sebelum 1900, kemarau berikut diperingati di atas batu: 1417, 1616, 1707, 1746, 1790, 1800, 1811, 1830, 1842, 1868, 1892, dan 1893,” tulisnya.

Menurut Andrea Toreti, penyelidik kanan Pusat Penyelidikan Bersama Suruhanjaya Eropah memberitahu bahawa kemarau semasa yang dialami Eropah akan memburuk dalam tempoh 500 tahun.

Pada sidang akhbar pada 9 Ogos, Toreti memberitahu tiada peristiwa lain dalam tempoh 500 tahun lalu adalah serupa dengan kemarau pada 2018.

“Namun, pada tahun ini, ia merupakan kemarau yang lebih teruk berbanding lalu,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, masyarakat berpotensi untuk berhadapan dengan situasi yang sangat kering dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Menurut Balai Cerap Kemarau Eropah , 47 peratus Eropah berada dalam keadaan amaran kemarau, yang bermaksud terdapat defisit kelembapan dalam tanah.

17 peratus lagi berada dalam keadaan berjaga-jaga, yang bermaksud tumbuh-tumbuhan tertekan.

Batu-batu itu bukan satu-satunya peninggalan tersembunyi yang muncul di sungai-sungai Eropah akibat kemarau.

Perairan yang surut akibat perubahan iklim di Sungai Po di Itali turut mendedahkan sejumlah besar khazanah arkeologi.

Kapal karam tongkang era Perang Dunia II muncul semula pada bulan Jun selepas sungai yang terbesar di negara itu mencapai paras rendah semasa kemarau terburuk dalam 70 tahun.

Baru-baru ini, pada akhir bulan Julai, sungai Itali yang dilanda kemarau mendedahkan bom 1,000 paun yang sebelum ini tenggelam pada Perang Dunia II.

“Bom itu ditemui oleh nelayan di tebing Sungai Po kerana penurunan paras air akibat kemarau,” kata seorang pegawai tempatan.

Sumber: Science Alert

Nurfatihah Shahirah Azzuddin