Siakap Keli
mahkamah persekutuan tolak permohonan hisyam
Gambar: Bernama

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Hisyam Untuk Tarik Diri

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan ringkas Bernama sebentar tadi, pihak mahkamah sebaliknya akan terus mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan.

Imbas kembali laporan pagi tadi, pendengaran rayuan kes SRC International Sdn Bhd Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar dramatik apabila peguam Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.

Peguam itu berkata beliau memerlukan lebih banyak masa kerana beliau tidak bersedia untuk membawa kes itu.

Hisyam yang dilantik Najib sebagai peguam utama baharunya pada 27 Julai, menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu di hadapan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel lima hakim pada hari pertama pendengaran rayuan Najib.

Hakim Tengku Maimun berkata sebagai peguam, Hisyam tidak boleh berundur diri sebaliknya memikul tanggungjawab itu untuk mewakili anak guamnya.

Berita penuh menyusul.

Sumber: Bernama

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?