Siakap Keli
Maut Terjatuh 'Ride' Ekstrem Dekat 'Fun-Fair'
Gambar: Daily Mail

Remaja Perempuan Maut Terjatuh ‘Ride’ Ekstrem Dekat ‘Fun-Fair’

Remaja Perempuan Maut Terjatuh ‘Ride’ Ekstrem Dekat ‘Fun-Fair’

CALIFORNIA – Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tunggangan ekstrem di sebuah ‘fun-fair’ pada Ahad lalu, lapor Daily Mail.

Menerusi sebuah video, mangsa yang berusia 13 tahun dilihat sedang duduk bersama ahli keluarganya ketika menaiki ‘jupiter ride’ sebelum dilaporkan tergelincir secara tiba-tiba dari tempat duduknya lalu terhempas ke bawah platform.

“Roda itu berada dalam keadaan terbalik ketika mangsa tiba-tiba tergelincir dari tempat duduknya dan terhempas,” ujar saksi.

Jeritan kuat boleh didengari dalam video tersebut ketika beberapa orang memindahkan seorang kanak-kanak ke belakang.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Jurucakap polis Santa Bárbara, Jesús Pineda berkata kematiannya diputuskan sebagai kemalangan dan penyiasat telah memfailkan laporan dengan pejabat pendakwa raya.

Media tempatan melaporkan bahawa beberapa kunci pada tempat duduk tunggangan itu telah berkarat dan tidak berfungsi dengan baik.

Seorang wakil syarikat yang mengendalikan tunggangan di tapak pameran memberitahu rangkaian televisyen tempatan bahawa insiden itu diklasifikasi sebagai satu kemalangan.

“Gadis itu menaiki tunggangan sambil ditemani ibunya. Namun dia telah pengsan dan ia bukan salah kami. Kami mempunyai permit operasi,” kata jurucakap ejen itu.

Oscar Trimino, jurucakap bomba Santa Bárbara mendedahkan bahawa kawasan sekitar tempat festival itu diadakan tidak mempunyai balai bomba yang mempunyai peranan dalam mengeluarkan permit untuk operasi tunggangan.

“Berhubung kes ini, pejabat datuk bandar dinasihatkan meminta sokongan balai bomba yang berdekatan untuk menghantar peralatan bagi menjalani pemeriksaan elektrik, mekanikal dan keselamatan,” tambahnya.

Ekoran insiden ngeri itu, tapak pameran telah ditutup sejak Ahad lalu.

Mangsa merupakan pelajar darjah ketujuh di Institut Juan Lindo.

Rakan sekelas dan pentadbir sekolah mengingatinya sebagai gadis manis yang sangat berkarisma dan merendah diri.

Sumber: Daily Mail

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.