Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Takut Nak Beritahu Isteri, Lelaki Terpaksa Tanggung Sakit Lima Hari Botol Tersekat Dalam Dubur

Takut Nak Beritahu Isteri, Lelaki Terpaksa Tanggung Sakit Lima Hari Botol Tersekat Dalam Dubur

IRAN – Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan selama tiga hari selepas mengalami kesakitan di bahagian dubur akibat mengalami anoreksi, sakit perut dan kesusahan membuang air besar gara-gara duburnya tersumbat dengan botol air minuman, lapor Daily Star.

Lelaki yang berusia 50 tahun itu didakwa ‘malu’ untuk dibawa ke hospital oleh isterinya kerana mengalami sembelit dan kesakitan yang teruk pada bahagian duburnya.

Hal ini kerana, lelaki itu tanpa sebab telah membuatkan duburnya tersumbat oleh sebotol air minuman sehingga tersekat di dalamnya selama tiga hari.

Lelaki yang berasal dari Iran itu akhirnya telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami anoreksia, sakit perut sehingga membuatkan dirinya mengalami kesusahan untuk membuang air besar.

Difahamkan, lelaki pertengahan usia ini juga mempunyai sejarah kemurungan di mana telah menjadi punca lelaki tersebut melakukan perbuatan sedemikian. Dia berasa malu dan hanya mendiamkan diri.

Hasil laporan juga mendapati, lelaki itu kelihatan tidak sihat apabila doktor pertama kali memeriksanya pada bulan Februari lalu. Namun, imbasan ultrasound dengan cepat mengesan ‘benda asing’ yang telah tersangkut pada bahagian duburnya.

The ultrasound showing the bottle of water that was stuffed inside the bloke

Botol bersaiz 193mm x 47mm telah berada di kawasan 10mm dari persimpangan anorektal tanpa sebarang tebukan yang jelas.

Pangkal botol itu dilaporkan sudah berada berhampiran kolon lelaki itu dan bahagian atasnya yang terletak berhampiran duburnya.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke tempat pembedahan, di mana botol itu dengan berhati-hati dan perlahan-lahan telah diseret oleh doktor dari bahagian rektum ke pembukaan duburnya.

Botol tersebut dilaporkan berjaya diekstrak oleh pakar bedah tanpa ada pecah atau pendarahan.

A bottle of water had been stuck there for days

Kejadian ini seterusnya telah diterbitkan di laman kesihatan dengan persetujuan lelaki itu. Laman kesihatan tersebut menyatakan, “oleh kerana malu dan takut terhadap isterinya, dia tidak memberitahu adanya botol air tersebut di dalam duburnya dan tiba lewat di unit kecemasan,” katanya.

Pesakit itu dilaporkan telah dirujuk kepada pakar psikiatri dan telah ditahan di hospital berkenaan selama lima hari.

Pemeriksaan susulan menunjukkan bukti akan tiadanya pendarahan mahupun kecederaan.

Apabila dia dilepaskan, dia telah disahkan berada dalam keadaan sihat oleh doktor dan pemeriksaan susulan sebulan kemudian mendapati tiada masalah lanjut yang berlaku.

Sumber: Daily Star

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.