Siakap Keli
CIMB
Kredit CIMB Bank

CIMB Ingatkan Pelanggan Selalu Waspada, Jangan Kongsi Maklumat Peribadi & Perbankan

CIMB Ingatkan Pelanggan Selalu Waspada, Jangan Kongsi Maklumat Peribadi & Perbankan

CIMB dalam kenyataannya menyarankan agar pelanggan sentiasa berwaspada dan memainkan peranan mereka dalam melindungi diri daripada jenayah siber.

Kenyataan CIMB itu turut mengingatkan para pelanggannya agar tidak berkongsi maklumat penting peribadi dan perbankan seperti OTP, nombor kad bank, ID pengguna, PIN, TAC, dan kata laluan dengan orang lain. Selain itu, pelanggan-pelanggan juga diminta jangan sesekali juga memasukkan butiran-butiran seperti yang dinyatakan pada mana-mana laman web selain daripada CIMB Clicks serta aplikasi perbankan mudah alih CIMB.

Pelanggan juga hendaklah menyemak alamat atau URL laman web terlebih dahulu, iaitu mempunyai icon kunci dan ”https” sebelum meneruskan urusan. Apabila selesai urusan, pengguna diingatkan supaya menekan butang ”log out”.

Selain itu, anda juga diingatkan supaya tidak menyimpan butiran perbankkan seperti kata laluan dan nombor pin di dalam browser yang digunakan.

CIMB juga menasihati pelanggan agar menghubungi pusat panggilan dengan segera di 03-62047788 sekiranya terdapat pemindahan atau aktiviti yang mencurigakan.

Bagi yang ingin membuat pembelian diatas talian, mereka juga diingatkan supaya membuat pembelian melalui penjual yang mempunyai reputasi baik dan membuat semakan terhadap pengalaman pengguna lain terlebih dahulu.

Sebagai pelanggan yang bijak, jangan biarkan diri anda terdedah dengan bahaya jenayah siber. Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi anda terutamanya di media sosial.

BACA: Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa Beberapa Kawasan Di Hampir Setiap Negeri Sehingga 7 Malam Ini

Sumber: CIMB 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.