Bertengkar Sebab Rambut, Suami Isteri Maut Dipercayai Ditikam Pemilik Salun
THAILAND- Sepasang suami isteri maut ditikam di sebuah salun pusat membeli belah di Pathum Thani, Thailand selepas bertengkar dengan pemilik salun.
Menurut Facebook Persatuan Sukarelawan Ruamkatanyu, kejadian itu berlaku di salun Pathun Thani semasa wanita itu pergi ke pusat membeli belah bersama suaminya dan anak mereka berusia lima tahun.
Mangsa difahamkan telah singgah ke salun kecantikan untuk merapikan rambut manakala suaminya membawa anak mereka bersiar-siar di kawasan pusat membeli belah.
Apabila wanita itu meninggalkan salun, dia kelihatan tidak berpuas hati dengan gaya rambut yang dihasilkan.
Mereka kembali ke salun tersebut lalu tercetusnya pertengkaran hangat dengan pendandan rambut.
Setelah menyedari terdapat pertengkaran, pemilik salun cuba untuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut namun keadaan menjadi semakin tegang.
Pemiliknya kemudian turut terlibat dalam pergaduhan tersebut dan mengakibatkan suami isteri itu mati ditikam.
Walaupun catatan Facebook yang melaporkan kejadian itu tidak menyatakan dengan jelas siapa yang melakukan tikaman itu namun diandaikan mereka ditikam oleh pemilik salun tersebut.
Sumber: Thai PBS World
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”