Siakap Keli
Gajah Tikam & Robek Badan Penjaga
Gambar: Mothership.sg

Dakwa Mengamuk Sebab Terlampau ‘Overworked’, Gajah Tikam & Robek Badan Penjaga Guna Gading Hingga Mati

Dakwa Mengamuk Sebab Terlampau ‘Overworked’, Gajah Tikam & Robek Badan Penjaga Guna Gading Hingga Mati

THAILAND – Seekor gajah dilaporkan telah merobek badan penjaganya kepada separuh selepas didakwa dipaksa melakukan kerja terlalu banyak semasa cuaca panas.

Menurut portal The Thaiger, kejadian tersebut berlaku di ladang getah di wilayah Phang Nga pada pagi 17/8/2022.

Polis dari Balai Polis Takua Thung melaporkan kejadian berlaku apabila penjaga tersebut ditikam dengan gading gajah berkenaan hingga koyak badannya kepada separuh.

Apabila tiba di tempat kejadian, pegawai dimaklumkan bahawa Pom Pam, seekor gajah jantan berusia 20 tahun telah merobek penjaganya.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan gajah itu sedang berdiri di atasnya, lapor NextShark.

Polis tempatan memberitahu The Thaiger bahawa gajah tersebut telah menikam mangsa dengan gadingnya beberapa kali sebelum mengoyakkan badannya kepada separuh.

NextsShark menambah kejadian tersebut berlaku akibat gajah itu terlalu banyak bekerja dalam cuaca yang terlalu panas.

Siasatan awal polis mendedahkan bahawa Pom Pam telah dipaksa oleh mangsa untuk mengangkut kayu getah di ladang pada pagi kejadian.

Pihak polis menambah bahawa cuaca panas mungkin menyebabkan gajah itu “gila” dan bertindak menyerang penjaganya.

Pegawai Ternakan Wilayah Phang Nga dipanggil ke tempat kejadian untuk menenangkan Pom Pam supaya mayat mangsa dapat diambil oleh pihak penyelamat.

Menurut Newzweek, gajah dianggap sebagai haiwan liar dan domestik di Thailand.

Populasi gajah domestik negara Thailand dianggarkan berjumlah 3,800, dimana lebih 2,700 daripadanya digunakan dalam industri pelancongan sebelum 2020.

Walaupun gajah dianggap sebagai haiwan yang baik dan mesra, gajah boleh mendatangkan bahaya kepada manusia apabila mereka berasa tertekan, diprovokasi atau terancam.

Pada Julai lalu, seekor gajah di Thailand menyerang pemiliknya selepas dipaksa mendaki bukit untuk bekerja, lapor The Thaiger.

Gajah itu juga dipercayai mengalami tekanan akibat kerja.

Sumber: Mothership.sg

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.