Pegawai Polis Digantung Tugas, Minta Bantuan Bomoh Kesan Suspek Kes Bunuh
BHOPAL – Seorang anggota polis di Chhatarpur, negeri Madhya Pradesh telah digantung tugas selepas meminta bantuan bomoh untuk mengesan suspek kes pembunuhan seorang remaja perempuan.
Perintah penggantungan itu dikeluarkan selepas pihak atasan mengetahui berkenaan sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan dia meminta bantuan seorang bomoh untuk mengenal pasti pembunuh yang membunuh gadis berusia 17 tahun.
Menerusi video tersebut dapat dilihat bahawa pegawai polis itu menyerahkan senarai suspek kepada bomoh dan berkata “Terdapat beberapa nama dalam senarai anda dan saya kini akan mengambil beberapa nama. Nama yang tiada dalam senarai anda merupakan tertuduh utama.”
Selepas itu, bomoh tersebut mengambil tiga nama dan berkata, ” Sekarang kamu boleh faham siapa orang itu. Kamu telah menahannya untuk disoal siasat untuk kes ini.”
Pada 28 Julai, seorang gadis berusia 17 tahun telah dibunuh dan kes tersebut diletakkan di bawah balai polis Bamitha di daerah Chhatarpur.
Selepas video tersebut tular, orang ramai mula mempersoalkan sistem kepolisian maka Chhatarpur SP Sachin Sharma mengeluarkan perintah penggantungan terhadap ASI tersebut.
Sumber : Gulf News
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”