Siakap Keli
wanita warga emas terlajak pandu kereta
Gambar: NBC News

Wanita Warga Emas ‘Terlajak’ Pandu Kereta Hingga Masuk Ke Tingkat Dua Pusat Beli-Belah

Wanita Warga Emas ‘Terlajak’ Pandu Kereta Hingga Masuk Ke Tingkat Dua Pusat Beli-Belah

Seorang wanita warga emas dilaporkan telah memandu keretanya memasuki koridor tingkat dua sebuah pusat beli-belah di bandar Boston pada Khamis lalu.

Memetik laporan NBC News, perkara itu menjadi tular di media sosial selepas pengunjung yang lain merakam gambar dan video yang memaparkan kejadian ‘pelik’ tersebut.

Wanita tersebut dipercayai telah memandu melintasi jambatan pejalan kaki dari garaj tempat letak kereta dan terus memasuki pusat beli-belah di South Shore Plaza itu melalui pintu berkembar automatik.

Gambar: NBC News

Difahamkan, tiang keselamatan di pintu masuk pusat beli-belah itu telah dialihkan selepas kemalangan yang berlaku baru-baru ini.

“Apabila saya mendongak ke atas, terdapat sebuah kereta betul-betul berada di sudut tingkap saya, dia (pemandu) masuk, belok ke kiri dan akhirnya ada seseorang yang menghalangnya,” kata seorang kerani kedai.

Manakala, seorang lagi wanita berkata bahawa dia memberhentikan kereta SUV tersebut dan pemandu itu bertanya bagaimana caranya untuk keluar dari situ.

Gambar: NBC News

“Saya kata tunggu di sini, saya akan pergi dapatkan bantuan daripada seseorang dan kemudian dia terus ‘meluncur’ ke depan.

“Mujurlah tiada sesiapa yang cedera,” katanya kepada NBC.

Wanita warga emas itu tidak menghadapi sebarang pertuduhan jenayah tetapi lesen memandunya telah digantung serta-merta.

Sementara itu, seorang doktor kesihatan mental dilihat merawat dan menilai keadaan wanita itu sebelum dia dibawa ke hospital.

Sumber: NBC News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.