Siakap Keli
Bayi 'Terhumban' Keluar Dari Kereta
Gambar : Mirror UK

Cemas, Detik Bayi ‘Terhumban’ Keluar Dari Kereta Ketika Sedang Membelok Berjaya Dirakam

Cemas, Detik Bayi ‘Terhumban’ Keluar Dari Kereta Ketika Sedang Membelok Berjaya Dirakam

TEXAS – Satu rakaman dashcam menunjukkan detik cemas seorang bayi terjatuh dari kereta yang sedang bergerak di persimpangan yang sibuk di Houston, Texas telah dihantar ke ABC13.

Detik tersebut berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka pemandu di belakang kereta SUV tersebut.

Menurut rakaman tersebut, bayi kecil itu terjatuh dan berguling dari SUV merah ketika sedang membelok.

Gambar : Mirror UK

Pemandu kereta itu terus berhenti dan se0rang wanita bergegas keluar untuk menyelamatkan bayi tersebut.

Pemandu yang mengekori SUV tersebut berjaya mengelak bayi dan memberhentikan keretanya.

Bayi tersebut kelihatan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda kecederaan.

Gambar : Mirror UK

Menurut laporan ABC 13, polis tidak menerima sebarang panggilan berkaitan kejadian yang berlaku di kawasan tersebut.

Sumber : ABC 13

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa