Siakap Keli
dua maut dipercayai dirempuh ketika majlis perkahwinan
Gambar : Canada Today

Hari Bahagia Bertukar Tragedi, Dua Maut Dipercayai Dirempuh Ketika Majlis Perkahwinan

Hari bahagia bertukar tragedi, dua maut dipercayai dirempuh ketika majlis perkahwinan di Vancouver barat sabtu lalu

KANADA – Seorang wanita dilaporkan telah merempuh sebuah majlis perkahwinan selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sehingga mengakibatkan dua maut dan tujuh orang cedera.

Memetik laporan Vancouver Sun, kejadian itu berlaku di Vancouver Barat pada petang Sabtu lalu.

Menurut Polis Vancouver Barat, kemalangan itu berlaku sekitar jam 6 petang apabila seorang pemandu wanita dalam lingkungan  usia 60-an  merempuh orang ramai di rumah milik jirannya.

Laporan mendapati terdapat dua orang maut manakala tujuh orang cedera dan berada di hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Pemandu turut berada di hospital untuk rawatan dan masih belum ditahan pihak polis setakat Ahad. 

Menurut pihak polis, masih terlalu awal untuk membuat keputusan sama ada untuk mengenakan tindakan ke atas pemandu tersebut.

Semasa kejadian berlaku, pihak Perkhidmatan Kesihatan Kecemasan menghantar hampir 12 ambulans dan sebuah helikopter ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa. 

Selain itu, menurut polis Vancouver Barat, mereka akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu dan menjawab soalan dari media pada Isnin.

“Ia adalah situasi yang sangat kompleks, kami mempunyai pasukan Vancouver Utara (RCMP) membantu kami, jabatan bomba West Van, ambulans, B.C. perkhidmatan koroner dan sebagainya.

“Siasatan masih diteruskan,” kata jurucakap polis West Vancouver, Nicole Braithwaite. 

BACA: Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Remaja Bawa Lori Tiada Lesen Memandu

Sumber : Vancouver Sun

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.