Siakap Keli
Hanya Kerana Mahu Dihukum Mati
Gambar: Mothership.sg

Hanya Kerana Mahu Dihukum Mati, Remaja Nekad Tikam Orang Awam

Hanya Kerana Mahu Dihukum Mati, Remaja Nekad Tikam Orang Awam

JEPUN- Seorang remaja perempuan 15 tahun telah ditahan selepas menikam seorang ibu 53 tahun dan anak perempuannya 19 tahun dengan menggunakan pisau dapur di Shibuya.

Laporan menyatakan kejadian berlaku sekitar jam 7.20 malam berhampiran Stesen Shibuya.

Menurut The Asahi Shimbun, ibu itu berjaya mengalahkan remaja terbabit dan menjerit meminta pertolongan.

Mangsa menuntut untuk mengetahui identiti remaja itu dan berkata dia “tidak akan memaafkan kerana menganggap kami seperti orang lain.”

Gambar: Mothership.sg

Seorang pekerja restoran berhampiran terdengar kekecohan yang berlaku dan datang membantu wanita itu.

Remaja berusia 15 tahun itu ditahan kerana disyaki membuat percubaan membunuh dan tiga pisau kecil ditemui pada badannya.

Semasa dalam tahanan polis, remaja tersebut berkata dia menikam mangsa kerana mahukan hukuman mati.

“Saya mahu dapatkan hukuman mati, jadi saya cuba membunuh dua wanita yang kebetulan saya terserempak.”

The Japan Times melaporkan bahawa gadis itu telah menafikan serangan itu dikaitkan dengan sebarang masalah di rumah atau sekolah.

Memetik sumber penyiasatan, bagaimanapun, Kyodo News berkata remaja itu ingin melakukan “percubaan” untuk melihat sama ada dia mampu membunuh seseorang kerana dia mempunyai rancangan untuk membunuh ibunya.

Sumber: Mothership.sg

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.