Siakap Keli
jabatan penjara malaysia nafi najib diberi layanan istimewa
Gambar Via Astro Awani

Jabatan Penjara Malaysia Nafi Najib Diberi ‘Layanan Istimewa’

Jabatan Penjara Malaysia Nafi Najib Diberi ‘Layanan Istimewa’

Semalam tular khabar angin yang mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima ‘layanan istimewa’ di Penjara Kajang.

Susulan itu, Jabatan Penjara Malaysia telah menafikan khabar angin tersebut dan mengatakan bahawa ia merupakan berita palsu.

Memetik laporan Astro Awani, Jabatan Penjara Malaysia telah memuat naik satu perkongsian di Facebook yang menggesa agar orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu tersebut.

Terdahulu, tular dakwaan mengenai kemungkinan Najib mendapat layanan VIP di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, Astro Awani sedang cuba mendapatkan kenyataan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia berhubung dakwaan tersebut.

Najib secara rasminya telah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula semalam dan perlu membayar RM210 juta.

Dalam pada itu, pakar perlembagaan, Prof Datuk Shamrahayu A.Aziz berkata Najib masih boleh memfailkan petisyen bagi tujuan pengampunan.

Ia perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemberesan rayuannya.

Sumber: Astro Awani

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: