Siakap Keli
Najib Masih Boleh Fail Petisyen Bagi Tujuan Pengampunan
Gambar: Bernama

Najib Masih Boleh Fail Petisyen Bagi Tujuan Pengampunan – Pakar Perlembagaan

Najib Masih Boleh Fail Petisyen Bagi Tujuan Pengampunan – Pakar Perlembagaan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih sah sebagai Ahli Parlimen Pekan walaupun Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya semalam, lapor Bernama TV.

Pakar perlembagaan, Prof Datuk Shamrahayu A.Aziz berkata, dalam kes ini, Najib boleh memfailkan petisyen bagi tujuan pengampunan.

Menurutnya, Najib perlu memfailkan petisyen pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemberesan rayuannya.

Namun, jika petisyen pengampunan difailkan, beliau akan hilang kelayakan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.

Terdahulu, Najib secara rasminya menjalani hukuman penjara selama 12 tahun mulai semalam selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman tersebut terhadapnya kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Sumber: Bernama TV

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.