Pelancong Terkejut, Tak Sengaja Terakam Sosok Wanita Misteri Di Tanah Perkuburan
Seorang pelancong menyatakan bahawa terdapat sosok wanita muncul dalam gambar yang diambil olehnya di sebuah tanah perkuburan bersejarah, Tynemouth Priory di Tyneside Utara.
Memetik Daily Mail, gambar itu diambil ketika Mandy Steel bersama dua orang anaknya melawat runtuhan di tebing tanah perkuburan tersebut pada Sabtu, 13 Ogos lalu.
Menurut Mandy, selepas melihat semula gambar tersebut, dia ternampak sosok seorang wanita yang berdiri berhampiran tebing dengan memakai kot panjang dan topi.
Mandy menyatakan bahawa dia tidak melihat wanita itu semasa berada di situ dan gambar tersebut diambil sekitar jam 1 petang.
Tambah Mandy lagi, “Perkara ini ganjil kerana anak perempuan saya juga mengambil gambar di tempat yang sama, pada masa yang sama tetapi tidak nampak bayang tersebut.”

“Saya menyemak banyak gambar yang diambil untuk melihat sama ada sesiapa berpakaian seperti itu tetapi tiada siapa yang memakai topi.
“Tambahan lagi, semua orang memakai pakaian musim panas.”
Difahamkan, dia telah cuba menghubungi pihak National Trust untuk mendapatkan maklumat tentang penampakan dalam gambar tersebut namun mereka tidak dapat membantu.
Pada Februari tahun lalu, penyiasat paranormal Newcastle Kayleigh Woods juga mendakwa telah mengambil gambar bayangan hitam sosok manusia di gereja Benedictine.
Bagaimanapun, sosok itu kemudian hilang selepas 15 minit mereka pergi semula ke tempat tersebut.
Sumber : Daily Mail
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”