Siakap Keli
akaun tiktok manchester united
Gambar: TikTok Manchester United/RyanBakery

“Smart Wooo”, Makin Terkenal Satu Dunia, TikTok Manchester United Guna ‘Sound’ Ryan Bakery

Siapa sangka, Ryan Bakery yang selama ini terkenal dengan lawak zaman sekolah nampaknya makin terkenal satu dunia apabila TikTok Manchester United guna sound suara dia dalam video.

Tular baru-baru ini apabila akaun TikTok rasmi kelab bola sepak gergasi Inggeris, Manchester United menggunakan “background sound” milik suara Tiktoker terkenal Malaysia, Ryan Bakery.

Dalam perkongsian di Tiktok, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkongsi semula detik indah mereka berjaya membolosi gawang Liverpool menerusi sepakan Jadon Sancho seawal minit 16 dalam perlawanan EPL baru-baru ini.

Seperti yang dimaklumi, jaringan awal Sancho itu berjaya membuatkan jutaan penyokong United di seluruh dunia tersenyum kembali selepas agak lama berduka lara meratapi kekalahan memalukan pada dua perlawanan awal liga sebelum itu.

Justeru berbalik kepada konteks, klip jaringan Sancho itu dimuat naik ke TikTok. Namun apa yang lebih menarik perhatian, background sound yang digunakan United bagi rakaman itu ialah suara Ryan Bakery dari Malaysia.

 

@manutdSmart woo, Sancho. ๐Ÿฅถโ™ฌ original sound – ryanbakery – ๐™๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐˜ฝ๐™–๐™ ๐™š๐™ง๐™ฎ

“Smart woo Sancho,” jelas kapsyen ringkas yang ditulis pada video yang dimuat naik di TikTok United itu.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat lebih 2.7 juta tontonan dan 345,000 tanda ‘Suka’ setakat artikel ini ditulis.

Tuan badan sendiri komen

Sementara itu, menjengah ke dalam ruangan komentar, terdapat pelbagai reaksi pengguna media sosial tersebut yang rata-ratanya cukup terhibur dengan suara Ryan Bakery.

Tapi apa yang lebih menarik, antara komentar paling tidak disangka-sangka ‘sampai’ ke situ adalah daripada ‘tuan badan’ background sound tersebut iaitu Ryan Bakery sendiri.

“Smart woo!!!” tulis Ryan di ruangan komentar hingga meraih hampir 50,000 tanda ‘Suka’. Selain itu, ada beberapa komentar lain yang turut menyusul di bawah.

Petikan dari TikTok

“Admin orang Malaysia ke ni,” kata Akim.

“Wey. Aku ingatkan phone aku rosak,” jelas Afwan.zz.

Difahamkan, rata-rata netizen terkejut dengan penggunaan background sound digunakan United – yang sinonimnya akan menggunakan Bahasa Inggeris, tapi sebaliknya suara orang Malaysia pula yang jadi pilihan.

Jika imbas kembali, background sound itu sebenarnya diambil daripada salah satu Ryan bersama kawan-kawannya yang ‘beraksi’ di padang sebagai budak sekolah.

Dalam video itu, kelihatan Ryan dan kawannya yang berpakaian sekolah sedang syok duduk di atas rumput melihat rakan mereka membuat aksi ‘lipat’ (bahasa kampung).

@ryanbakery

#fyp #rwyfb

โ™ฌ original sound – ryanbakery – ๐™๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐˜ฝ๐™–๐™ ๐™š๐™ง๐™ฎ

Pernah terima gift dari sultan pemurah

Keratan laporan terdahulu

Terdahulu, kecoh isu mengenai TikToker Malaysia itu atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery, 27, apabila dia pernah menerima โ€˜giftโ€˜ bernilai lebih RM10,000 daripada seorang netizen di platform media sosial itu.

Ryan Bakery telah menerima hadiah โ€˜giftโ€˜ yang berbentuk singa dan beberapa jenis gift lain seperti anak singa atau kucing oleh pengguna TikTok bernama โ€œSultan Pemurahโ€ semasa โ€˜liveโ€™ bulan lepas.

Dia pada ketika itu terkejut dan mendoakan kepada individu tersebut kerana terlalu โ€˜murah hatiโ€™. Disebabkan itu, Ryan terus menelefon ‘kekasihnya’ dan memberitahu bahawa duit untuk berkahwin telah cukup.

Sumber: TikTok Manchester United

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.