Siakap Keli
Satu Jam Lahir Dibuang Dalam Tong Sampah
Gambar via CBS

Dibuang Dalam Tong Sampah Sejam Selepas Lahir, Lelaki Ini Maafkan Ibu Selapas 25 Tahun

Dibuang Dalam Tong Sampah Sejam Selepas Lahir, Lelaki Ini Maafkan Ibu Selapas 25 Tahun

Pada November 1989, seorang bayi pramatang ditemui berhampiran dengan tong sampah selepas salah seorang jiran mereka dengar tangisannya di Santa Ana. Ketika itu, tragedi itu menjadi tajuk utama akhbar-akhbar berita tentang penemuan bayi tersebut yang diberi nama ‘Adam’ oleh seorang pegawai polis, Buelna yang menemuinya. 

“Saya alhikan sebahagian sampah yang berada di situ dan terlihat bayi kecil yang sedang menagis. Pada awalnya saya agak terkejut kerana tidak mempercayai apa yang saya lihat,” jelasnya, lapor CBS News. 

Beberapa dekad telah berlalu, Buelna masih lagi berada dalam kerjayanya sebagai anggota polis, namun dia sentiasa tertanya-tanya bagaimanakah keadaan bayi tersebut yang ditemui sekitar 30 tahun yang lalu. 

Pada tahun 2015, sekitar 25 tahun kemudian, mereka berdua dilaporkan bersatu semula buat kali pertama dengan bayi lelaki tersebut yang telah dewasa dengan nama Robin Barton, lapor CBS. 

“Akhirnya dapat juga bertemu dengan orang yang menemui saya dahulu,” kata Barton. 

Rupa-rupanya, Buelna juga berkongsi kisah yang sama dengan bayi lelaki itu dimana mereka empat beradik ditinggalkan oleh ibu kandung mereka sejak mereka kecil hingga masa yang mengubah nasib mereka di lorong Santa Ana. 

“Saya telah menghabiskan 20 tahun mencari ibu kami, sekarang saya juga akan bantu Borton untuk cari semula ibu kandungnya,” jelasnya.

Memetik CBS News, Barton tahu apa yang perlu dia katakan kepada ibunya bila mereka bertemu nanti.

“Saya tak akan salahkan dia, saya juga tidak marah atau kesal dengan apa yang telah dilakukan dan saya juga telah pun maafkan apa yang telah dia lakukan terhadap saya dahulu,” jelasnya.

Difahamkan, polis telah menahan ibu kandung Barton dan telah menerima hukuman penjara beberapa tahun sebelum dibebaskan. 

Dalam pada itu, penemuan mereka juga membawa kepada satu lagi pertemuan yang tidak disangka. Mereka juga menemukan bapa kandung Barton, Marcos Reza sebaik sahaja mendengar kisan pertemuan kedua-dua mereka dan mengambil keputusan untuk tampil. 

“Ramai yang maklumkan kepada saya dia (Barton) memiliki wajah persis saya dari hidung, telinga malah semuanya kelihatan sama seperti saya,” jelas Meza. 

Difahamkan, selepas Barton ditemui di berhampiran dengan tempat pembuangan sampah, seorang hakim telah manarik hak penjagaan kepada kedua ibu bapanya. Sejak dari itu, dia tidak pernah bertemu dengan anaknya mahupun memegangnya. 

BACA: Serah Kad ATM & “Saving” Enam Tahun Dekat GF, Lelaki Menangis Sampai Pengsan Selepas Putus Cinta

Sumber: CBS News

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.