Siakap Keli
Lelaki Pengsan Dipercayai Putus Cinta
Gambar via Tribunnews

Serah Kad ATM & “Saving” Enam Tahun Dekat GF, Lelaki Menangis Sampai Pengsan Selepas Putus Cinta

Serah Kad ATM & “Saving” Enam Tahun Dekat GF, Lelaki Menangis Sampai Pengsan Selepas Putus Cinta

Tular video klip yang memaparkan seorang lelaki menangis hingga dilaporkan pengsan di Indonesia dipercayai kerana ditinggalkan oleh kekasihnya selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan. 

Video tersebut dimuat naik oleh pemilik laman Instagram @duniapunyacerita menjadi tular di seluruh pelusuk Indonesia. Difahamkan, lelaki tersebut sangat mempercayai teman wanitanya itu hingga sanggup memberikan kad bank miliknya. Akaun bank tersebut mempunyai wang gajinya selama enam tahun. 

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki tersebut jelas kelihatan lesu dan letih ketika dikerumuni oleh keluarganya yang cuba memberi semangat kepada dia. Tangisan itu berlarutan di luar rumah sehingga hampir telungkup di atas tanaman kerana pengsan putus cinta manakala dua wanita kelihatan cuba menahan lelaki tersebut daripada tersembam atas tanah.

Dalam pada itu, video tersebut menjadi perhatian orang ramai hingga ada juga yang memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut. 

“Sabar lah bang, lepas ini mungkin akan digantikan dengan yang lebih baik,” komen salah seorang netizen. 

“Hanya ibu wanita yang paling setia,” jelas netizen lain menerusi ruangan komen. 

BACA: Ini Cara Nak Mohon “Home Schooling” Daripada KPM Untuk Anak-anak Ada Masalah Kesihatan Kronik

BACA: ‘Sosikjwa’, Trend Makan Sikit Jadi Trending, Nak ‘Lawan’ Cara Makan Mukbang

Sumber: Tribunnews

Faiz Mustafa