Mujur Tak Telan, Pasangan Kekasih Tak Sengaja Temui Mutiara ‘Rare’ Ketika Makan Siput
THAILAND – Sepasang kekasih secara tak sengaja menemui sebutir mutiara ‘rare’ yang dikenali sebagai Melo bernilai 1 juta baht (RM124,787.78) semasa sedang menikmati makan malam di sebuah restoran BBQ, lapor The Thaiger.
Perkara tersebut berlaku semasa Patjariya Gatip, 27 tahun sedang menikmati siput Babylon di majlis hari jadinya pada 11 Ogos lalu.
Ketika sedang mengunyah siput tersebut, dia telah mendapati terdapat sesuatu yang keras sebelum menemui batu bulat berwarna oren yang kelihatan seperti mutiara.
Salah seorang daripada rakan mereka yang turut makan bersama mereka berseloroh dengan menyatakan bahawa mereka mungkin bakal menjadi jutawan kerana batu tersebut kelihatan hampir serupa dengan mutiara Melo.
Sittidate terus mencari maklumat lanjut berkenaan batu itu dan terkejut apabila mendapati mutiara Melo sebenar berharga lebih 1 juta baht (RM124,787.78).
Sejurus selepas itu, lelaki tersebut telah bertindak menghantar batu berkenaan ke Makmal Pengujian Chiangmai pada 19 Ogos untuk mendapatkan pengesahan.
Menurut Makmal Pengujian Chiangmai, batu tersebut sememangnya mutiara Melo yang sebenar dan telah disahkan ketulenannya.
Sittidate mengiklankan mutiara tersebut di laman akaun Facebook miliknya dan berharap wang hasil jualan mutiara itu mampu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya.
Mutiara Melo merupakan mutiara yang berwarna oren pastel semula jadi dan berasal dari siput laut yang sangat besar yang dipanggil Melo Melo atau volute India.
Dilaporkan mutiara tersebut merupakan mutiara yang paling jarang ditemui dan paling mahal kerana hanya boleh didapati dalam satu dalam seribu cengkerang siput.
Mutiara Melo boleh ditemui di laut sekitar empat negara sahaja, Myanmar di Laut Andaman, dan Teluk Benggala, Vietnam di Laut China Selatan, Thailand di Laut Andaman, dan Teluk Thailand, dan Kemboja di Teluk dari Thailand.
Harga sebiji mutiara Melo bernilai kira-kira 6 juta baht (RM750136.16) hingga 7.5 juta baht (RM937670.20). Mutiara melo mempunyai warna yang berbeza dari kuning muda hingga oren, mutiara oren adalah yang paling mahal.
Sumber : The Thaiger
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”