Siakap Keli
Padah Sarung Cincin Pada Kemaluan
Gambar: Suara.com

Padah Sarung Cincin Pada Kemaluan, Lelaki Terpaksa Tahan Sakit Minta Bantuan Bomba Tanggalkan

Padah Sarung Cincin Pada Kemaluan, Lelaki Terpaksa Tahan Sakit Minta Bantuan Bomba Tanggalkan

INDONESIA – Seorang lelaki berasal dari Daerah Waru terpaksa meminta pertolongan pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan cincin yang tersekat pada alat kemaluannya, lapor Suara.com.

Dilaporkan mangsa mengadu mengalami kesakitan akibat cincin tersebut tidak dapat ditanggalkan dari kemaluannya.

Menurut Ketua Balai Bomba, BPBD Sidoarjo, Nawari, selepas menjalankan proses yang sangat teliti akhirnya cincin itu berjaya ditanggalkan. 

“Ya, memang laporan sudah diterima dan mangsa telah diselamatkan,” tambah Nawari. 

Menurut laporan, kejadian ini bermula apabila mangsa cuba menyarungkan cincin pada kemaluannya ketika sedang mandi.

Gambar : Suara.com

“Ia dikendalikan oleh pasukan penyelamat dari Pos Utama Bandar,” katanya.

Difahamkan kes yang hampir sama pernah menimpa seorang lelaki berusia 25 tahun di Kabupaten Blitar pada Mac lalu.

Mangsa datang ke jabatan bomba daerah tempatan dan meminta pertolongan agar cincin besi yang tersekat pada kemaluannya ditanggalkan.

Proses yang melibatkan empat orang pegawai bomba itu dilakukan dengan berhati-hati kerana beberapa kali mangsa menjerit kesakitan.

Proses pengeluaran cincin tersebut mengambil masa yang lama dengan menggunakan alat khas milik Bomba Blitar.

Selepas cincin tersebut dilepaskan, mangsa menyatakan rasa syukurnya kerana berjaya dikeluarkan.

Sumber : Suara.com

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.