Siakap Keli
Kesan Tapak Kaki Dinosaur Dari 113 Juta Tahun 'Muncul' Semula
Gambar: Dinosaur Valley Park/ Paul Barker

Sungai Kering Akibat Kemarau, Kesan Tapak Kaki Dinosaur Dari 113 Juta Tahun ‘Muncul’ Semula

Sungai Kering Akibat Kemarau, Kesan Tapak Kaki Dinosaur Dari 113 Juta Tahun ‘Muncul’ Semula

Kesan tapak kaki dinosaur yang berusia 113 juta tahun dilaporkan telah ‘timbul’ di sungai di Dinosaur Valley State Park, Texas apabila ia mengering selepas dilanda kemarau yang teruk.

Memetik laporan BBC, kesan tapak kaki bersaiz gergasi itu dipercayai milik seekor acrocanthosaurus yang tidak pernah dilihat sejak tahun 2000 kerana ia berada di bawah air dan beberapa lapisan sedimen.

Gambar: Dinosaur Valley Park/ Paul Barker

Turut dipanggil sebagai ‘Lone Ranger trackway’, pakar menganggarkan bahawa terdapat 140 kesan tapak kaki dinosaur tersebut yang ditemui di situ tetapi hanya 60 sahaja yang dapat dilihat pada ketika ini.

Acrocanthosaurus merupakan dinosaur yang berketinggian 15 kaki dan mempunyai berat kira-kira tujuh tan.

Sementara itu, hampir semua kawasan di Texas menghadapi kemarau yang teruk.

Minggu lalu sahaja, lebih daripada 87 peratus negeri mengalami salah satu daripada tiga kategori kemarau yang paling melampau dan luar biasa.

Gambar: Dinosaur Valley Park/ Paul Barker

Keadaan cuaca melampau itu juga bukan sahaja mendedahkan tapak kaki dinosaur tetapi turut ‘membongkar’ penemuan mayat manusia di kawasan takungan terbesar Amerika Syarikat, Lake Mead.

Tidak semua kemarau berlaku disebabkan oleh perubahan iklim tetapi haba yang berlebihan di atmosfera menyebabkan lebih banyak kelembapan keluar dari bumi dan menjadikan kemarau lebih teruk.

Terdahulu, paras air yang surut disebabkan kemarau juga telah mendedahkan ‘batu kelaparan’ di Eropah. Mengikut kepercayaan masyarakat di sana, kemunculan batu itu menjadi amaran kepada generasi akan datang bahawa akan ada penderitaan yang menanti di masa hadapan.

BACA: Kemunculan Semula ‘Batu Kelaparan’ Ekoran Cuaca Panas Di Eropah Didakwa Sebagai Petanda Buruk

Sumber: BBC

Sofea

There's always another side to every story