Dugong, haiwan mamalia marin secara rasminya telah diisytiharkan pupus di China menurut beberapa kajian. Hal tersebut disahkan oleh Persatuan Zoologi London dalam jurnal Royal Society Open Science, siantis pemuliharaan telah menemukan ‘bukti kukuh’ bahawa mamalia itu telah pupus di negara itu.
Memetik Newsweek, saintis menemukan hal tersebut selepas melakukan tinjaun temu bual dalam komuniti nelayan di seluruh China. Data-data dari tahun-tahun sebelum ini juga digunakan untuk membandingkan kehadiran dugong pada tahun-tahun sebelumnya.
Juga digelar sebagai ‘lembut laut’ kerana diet mereka adalah rumput laut, dugong boleh ditemui di perairan pantai di Lautan Pasifik India dan barat. Difahamkan, spesies ini juga dikategorikan sebagai haiwan yang mudah terancam oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN).
Disamping itu, dugong juga merupakan haiwan yang dilindungi di China sejak 1988 dan telah tinggal di sana selama beratus-ratus tahun. Namun, berdasarkan tinjaun yang telah dilakukan, tidak ada lagi bukti kewujudan dugong di perairan China.
Sebelum disahkan pupus, saintis menganggap kemungkinan spesies ini bergerak dan berpindah ke utara yang berpunca daripada tindak balas kepada aktiviti manusia atau perubahan iklim. Walau bagaimanapun, mereka menyimpulakan bahawa itu mungkin tidak berlaku kerana kekurangan sumber rumput laut yang menjadi habitat haiwan itu.
Memetik Newsweek, kepupusan dugong di China mungkin berpunca dari kehilangan habitat. Ia mungkin berpunca daripada faktor seperti pembangunan pantai serta pencemaran air, jelas professor di Institut Zoology, Samuel Turvey.
Sumber: Newsweek