Siakap Keli
Microsoft
Gambar via Sky News

Komputer Riba Berisiko Rosak Jika Pasang Lagu ‘Rhythm Nation’ Nyanyian Janet Jackson, Ini Sebabnya

Microsoft mendedahkan bahawa komputer riba berisiko untuk rosak sekiranya memainkan lagu yang dinyanyikan oleh Janet Jackson. Perkara tersebut dimaklumkan oleh seorang jurutera peranti Microsoft, Raymond Chen apabila beliau berkongsi kisah aneh yang berlaku kepada peranti atau laptop apabila memainkan lagu penyanyi tersebut. 

“Ramai pembekal mendakwa beberapa model komputer riba mereka rosak apabila lagu dari Janet Jackson bertajuk ‘Rhythm Nation’ dimainkan,” jelas Chen, lapor Sky News. 

Bukan hanya itu, komputer yang berada berdekatan juga turut terjejas jika lagu tersebut dimainkan walaupun dari komputer riba yang lain.

Difahamkan, ia berlaku disebabkan oleh frekuensi resonans semula jadi yang menghasilkan getaran 5400 RPM pada komputer riba. Oleh itu, komputer tersebut tiba-tiba rosak apabila lagu itu dimainkan. 

Terdahulu, kejadian seperti ini juga pernah dilaporkan satu masa dahulu dimana seorang penyanyi opera berjaya memecahkan sebuah gelas kaca apabila tone suara mereka mencapai pada tahap tertentu atau tinggi. 

Menurut Sky News, antara model yang dilaporkan mengalami kerosakan selepas lagu itu dimainkan adalah model yang dikeluarkan oleh pembekal pada tahun 2005. 

Sedikit Info, Janet Damita Jo Jackson merupakan seorang penyanyi, pelakon dan juga penari profesional dari Amerika Syarikat. Dia terkenal dengan lagu-lagu rancak serta persembahan yang sangat lincah di atas pentas. 

Untuk rekod, sebanyak 100 juta lagu rakamannya berjaya dijual sekaligus menjadikan dia antara penyanyi paling laris sepanjang zaman. 

BACA: Dugong Kini Secara Rasmi Diisytiharkan Pupus Di China

Sumber: Sky News, Microsoft

Faiz Mustafa