Siakap Keli
beregu badminton final kejohanan dunia
Gambar: Badminton Photo

Beregu Utama Badminton, Aaron Chia-Soh Wooi Yik Mara Ke Final Kejohanan Dunia BWF

Beregu Utama Badminton, Aaron Chia-Soh Wooi Yik Mara Ke Final Kejohanan Dunia BWF

Beregu utama badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF sebentar tadi. Mereka merupakan wakil tunggal negara yang berjaya melangkah hingga ke pusingan akhir.

Kejayaan itu dilakar selepas pasangan yang tersebut berjaya menundukkan lawan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam pertarungan tiga set.

Pasangan Malaysia merupakan pilihan keenam kejohanan manakala beregu India pula merupakan pilihan ketujuh.

Pasangan negara terlebih dahulu ketinggalan apabila menamatkan set pertama dengan pungutan mata yang sangat sengit iaitu 20-22. Bagaimanapun, wakil negara itu berjaya memperkemaskan permainan dan mengurangkan kesilapan apabila berjaya memenangi set kedua, 21-18, sekaligus memaksa perlawanan dilanjutkan hingga ke set penentuan.

Di set ketiga, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan rentak dan fokus untuk memastikan slot ke final milik Malaysia apabila menumpaskan lawan dengan 21-16.

Dalam perlawanan akhir esok, Malaysia akan bertemu dengan wakil dari Indonesia, Hendra Setiawan-Ahmad Ahsan. Pasangan itu dalam perlawanan lebih awal menundukkan wakil senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto juga dalam perlawanan tiga set, 21-23, 21-12, 16-21.

Kejohanan Badminton Dunia BWF ini berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Jepun bermula 22 hingga 28 Ogos ini.

BACA: Badan ‘Berketak-ketak’ Tapi Kalah Tinju, “Hulk Iran” Padam Semua Gambar Di IG, Dipercayai Merajuk

Sumber: BAM

Faiz Mustafa