Siakap Keli
air force hampir menyamai mat kilau
Gambar: Instagram

Kutip RM6 Juta Selama Tiga Hari, ‘Air Force The Movie’ Hampir Menyamai Rekod ‘Mat Kilau’

Kutip sebanyak RM6 juta selama tiga hari ditayangkan, Air Force The Movie hampir menyamai rekod yang pernah dicapai filem terdahulu, Mat Kilau.

Selepas tiga hari ditayangkan di pawagam, filem aksi terbaharu, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih hasil kutipan sebanyak RM6 juta.

Kutipan pantas filem ini hampir menyamai rekod kutipan filem aksi inspirasi sejarah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berjaya meraih sebanyak RM7 juta sepantas tiga hari ditayangkan.

Berita gembira itu dimuat naik sendiri oleh pihak penerbitan menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi mereka pada semalam.

#AirForceTheMovie berjaya mengutip RM6 juta dalam 3 hari tayangan! Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini!,” tulis kapsyen akaun rasmi filem tersebut.

 

Dalam pada itu, para pelakon filem bertemakan ketenteraan itu turut menzahirkan rasa syukur dengan kejayaan yang diperolehi.

Antara pelakon Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang berkongsi rasa gembira itu adalah sosok tubuh yang pernah memegang watak pahlawan sebuah filem inspirasi sejarah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan iaitu Datuk Adi Putra.

“Alhamdulillah. Pertama dalam sejarah selama tiga hari tayangan dengan kutipan RM 6,000,000.00. Terima kasih pada semua yang menyokong,” maklum Datuk Adi Putra di Instagram miliknya semalam.

 

Dalam pada itu, pelakon lain yang turut membintangi filem aksi tersebut, Aiman Hakim Ridza turut sama tidak terkecuali menyatakan rasa syukurnya.

“Terima Kasih atas sokongan anda semua! Teruskan menyokong filem tempatan! Filem #airforcethemovieselagibernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam masa 3 hari tayangan!,” jelas Aiman di Instagram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

 

aiman

#AirForceTheMovie berjaya mengutip RM6 juta dalam 3 hari tayangan! Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini!,” kata Nas-T di Instagram miliknya.

Untuk makluman, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa merupakan hasil karya pengarah Zulkarnain Azhar dan Frank See.

Dalam filem ini, ia turut dibintangi beberapa pelakon terkenal tanah air seperti Aiman Hakim Ridza, Datuk Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Pablo Amirul, Jack Tan dan Sara Ali.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mula ditayangkan bermula 25 Ogos lalu di Malaysia.

Keratan laporan terdahulu

Imbas kembali laporan terdahulu, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pernah mencatat rekod hampir sama dengan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa iaitu mencatat kutipan lebih RM5 juta ringgit seawal tiga hari ditayangkan.

Malah tidak kurang juga, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan juga dinobat filem terpantas ‘laku keras’ di Malaysia dengan meraih RM47 juta kutipan dalam masa 11 hari tayangan.

Kenyataan itu dimuat naik oleh pengarahnya sendiri, Syamsul Yusof menerusi laman Instagram miliknya, syamsulyusoffilm.

“Mat Kilau merupakan filem terpantas meraih kutipan sebanyak RM47 juta dalam tempoh 11 hari. Bakal mengatasi box office rekod Munafik 2 tahun 2018 (RM48 juta),” katanya ketika itu.

Syamsul menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga selepas filem inspirasi sejarah berkenaan mendapat sambutan yang memukau daripada seluruh rakyat tempatan.

“Hilang kata. Limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa & negara,” tulisnya dalam kenyataan itu yang dimuat naik dua bulan lalu.

Sumber: Instagram airforcethemovie_official, adpadiputra, aimanhakimridza dan nvst1

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.