Siakap Keli
nasa tangguh lancar roket gergasi ke bulan
Gambar: Nasa

Alami Masalah Enjin, NASA Tangguh Lancar Roket Gergasi Ke Bulan

Alami Masalah Enjin, NASA Tangguh Lancar Roket Gergasi Ke Bulan

Pelancaran misi Artemis 1 ke bulan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah ditangguhkan hari ini kerana roket gergasi baharu milik mereka dilaporkan mengalami masalah enjin.

Memetik laporan Space.com, roket itu mengalami isu penyejukan pada salah satu daripada empat enjin utamanya  sehingga memaksa pelancaran yang dinantikan ramai itu dibatalkan pada hari ini.

Gambar: Nasa

Difahamkan, mereka tidak dapat menyejukkan enjin nombor tiga kepada suhu yang diperlukan.

Pegawai NASA berkata enjin roket itu perlu disejukkan dan dimuatkan dengan cecair hidrogen kriogenik dan oksigen sebelum ia boleh dilancarkan.

“Pengawal pelancaran mengkondisikan enjin dengan meningkatkan tekanan pada tangki peringkat teras untuk mengeluarkan sebahagian daripada propelan kriogenik ke enjin untuk membawanya ke julat suhu yang sesuai bagi menghidupkannya.

“Enjin 3 tidak dikondisikan dengan betul melalui proses bleed dan jurutera sedang menyelesaikan masalah,” kata pengawal NASA menerusi satu kenyataan.

Gambar: Nasa

Menerusi Artemis 1 itu, roket gergasi tersebut dijadualkan untuk menghantar satu kapsul tanpa penumpang yang dinamakan sebagai Orion.

Ia dilaporkan dirancang untuk mengelilingi orbit bulan selama 42 hari.

NASA menganggap misi itu sebagai langkah pertama dalam era penerokaan manusia seterusnya ke planet tersebut dan sebagai persediaan untuk ke Marikh.

Untuk mengikuti perkembangan pelancaran tersebut secara langsung, klik di sini.

Sumber: Space.com, NASA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.