Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beberapa Kawasan Di Bangi Dipercayai Dilanda Banjir Kilat

Sofea
beberapa kawasan di bangi dipercayai dilanda banjir kilat
Gambar: Zahirudin Tahgudin

Beberapa Kawasan Di Bangi Dipercayai Dilanda Banjir Kilat

Hujan lebat yang berterusan dipercayai telah menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Bangi petang tadi.

Menerusi perkongsian beberapa pengguna di media sosial, banjir kilat itu telah melanda kawasan Bandar Seri Putra dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Gambar dan video yang dikongsikan juga memperlihatkan keadaan jalan yang dinaiki air sehingga menyebabkan beberapa buah kenderaan terkandas.

Malah, perkhidmatan komuter menuju ke arah Seremban juga didakwa terpaksa dihentikan kerana banjir tersebut.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di hampir seluruh negeri sehingga jam 9 malam ini termasuk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber: Facebook