Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekas pemain tengah Arsenal, Emmanuel Petit menggesa bintang pertahanan Manchester United, Harry Maguire untuk menyertai Chelsea sebelum tarikh jendela perpindahan berakhir, lapor Metro UK.
Bekas pemain itu percaya bahawa tonggak pertahanan United itu perlu ke kelab tersebut bagi memastikan kedua-dua belah pihak mendapat kebaikan.
Hal ini kerana pertahanan tengah United itu telah mengharungi musim yang bergelora di Old Trafford selepas cemerlang bersama Leciester City sebelum berpindah pada tahun 2019.
Maguire, 29, kini menjadi ‘bahan’ kritikan penyokong United setelah namanya tidak tersenarai dalam kesebelasan utama skuad Erik Ten Hag sewaktu perlawanan menentang Liverpool dan Southampton baru-baru ini.
‘Kewujudannya’ semakin pudar apabila gandingan mantap Raphael Varane dan Lisandro Martinez dilihat menunjukkan keserasian di atas padang sewaktu United meraih kemenangan ke atas Liverpool 2-1 dan Southampton 1-0 kelmarin.
Sebelum ini, difahamkan kekalahan memalukan berturut-turut United sewaktu menentang Brighton dan Brentford dipercayai membuatkan nama Maguire digugurkan dari skuad utama.

“Bagi saya tidak pasti mengenai masa depan Harry Maguire bersama Manchester United. Saya rasa harapannya semakin pudar.
“Jika saya Maguire, saya mungkin berfikir untuk pergi. Piala Dunia semakin dekat dan sekiranya saya tidak bermain mungkin akan terlepas nama dalam skuad kebangsaan,” jelas Petit seperti yang dilapor Metro UK.
Tambahnya, pemain itu perlu mengambil keputusan dengan segera untuk masa depannya.
“Saya boleh jamin Ten Hag akan menurunkan Varane dan Martinez untuk perlawanan seterusnya. Jika dia mahu bermain untuk Chelsea mungkin lebih baik. Thiago Silva juga sudah berumur dan mereka sedang memerlukan pertahanan tengah,” katanya.
Sementara itu, Petit menjelaskan Maguire perlu ke Chelsea sekiranya dia mahu mendapat tempat di posisi pertahanan. Bintang England itu juga dikaitkan dengan kontroversi ke kelab itu sejak beberapa minggu ini.
United bakal bertandang ke Stadium King Power untuk menentang Leciester City dalam perlawanan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2 September Jumaat ini.
Untuk rekod, United kini sedang berada di tangga kelapan EPL setelah melalui empat perlawanan dengan dua kekalahan terhadap Brentford (0-4) dan Brighton (1-2) serta dua kemenangan ke atas Liverpool (2-1) dan Southampton (1-0).
Sumber: Metro UK