Ingatkan Minta Sedekah, Jurujual Terkejut Lelaki Seakan Pengemis Bawa ‘Cash’ Seguni Beli Kereta
Sragen – Kisah seorang warga emas yang datang ke bilik pameran Daihatsu di Sragen, Jawa Tengah untuk membeli kereta baharu secara tunai telah tular di media sosial baru-baru ini.
Pada mulanya, jurujual menganggap warga emas itu merupakan pengemis kerana dia membawa guni bersamanya.
Wardji yang bekerja sebagai pengutip sampah sebenarnya pelanggan yang ingin membeli kereta baharu.
Jurujual bernama Dezy Ais menceritakan pada mulanya dia memberi warga emas tersebut wang, namun ditolak.
Kemudian, Wardji menjelaskan tujuannya datang ke situ adalah untuk membeli kereta.

“Saya nak tengok kereta Cik. Duit saya ada sekitar Rp. 170 (juta). Ada yang duit simpanan, ada yang duit pusaka,” kata Dezy Ais ketika menceritakan tentang kedatangan warga emas itu kepada jurujual, seperti dipetik dari detikOto.
Wardji telah memilih untuk membeli kereta Xenia, tetapi wang yang dimiliki hanya cukup untuk membeli Daihatsu Sigra terbaru, dengan harga lebih kurang Rp 180,4 Juta (RM54,349.92).
Selain itu, dia juga sempat pulang ke rumahnya, kerana kekurangan wang dan keesokan harinya, pada hari Sabtu (22/8) dia telah datang semula dengan membawa wang dalam guni.
Kemudian, wang tersebut dikira oleh jurujual dan mengambil masa tiga hingga empat jam dengan jumlah keseluruhan Rp 180 juta (RM54,229.41).

Ais berkata menurut Wardji wang tunai itu merupakan hasil daripada mengutip sampah dan pembahagian harta pusaka.
Pada hari yang sama kereta itu dihantar ke rumah Wardji di Desa Bangunsari, Sragen, Jawa Tengah.
Menurut Ais, warga emas tersebut bercerita tentang tujuannya membeli kereta adalah untuk pulang ke kampung.
Dia sering menunggu bas untuk pulang ke kampung, namun tiada bas yang berhenti.
“Dia cakap macam ni, kadang-kadang bila nak naik bas tak ada orang berhenti, sebab tu dia fikir kat situ. Baju dia simple sangat. Kadang-kadang koyak. ( Wardji cakap) kenapa saya nak beli kereta, dik? Motivasi semasa tunggu bas yang dianggap sebagai orang gila, peminta sedekah, tidak mahu berhenti,” kata Ais.
Menurut Ais, Wardji juga tidak boleh memandu dan sekiranya dia ingin mengembara dengan keretanya, dia akan mengupah seorang pemandu.
Sumber : DetikJabar
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”