Kes ODHA Meningkat, Seramai 12 Ibu Mengandung Disahkan Positif HIV/AIDS
INDONESIA – Kes HIV/AIDS (ODHA) di Kabupaten Cianjur mencatatkan 137 kes dan dilaporkan meningkat sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2022 berbanding tahun 2021 yang hanya mencatatkan 111 kes.
Menurut laporan, daripada 137 penghidap HIV/AIDS pada tahun 2022 menunjukkan 12 daripadanya merupakan wanita hamil.
Ketua Perkhidmatan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Cianjur, Frida Laila Yahya menyatakan bahawa penemuan kes ODHA pada tahun ini meningkat berbanding tahun 2021. Tahun lalu, hanya terdapat 111 kes ODHA baharu manakala tahun ini sehingga Julai telah mencatatkan 137 kes ODHA.
“Ada peningkatan malah berkemungkinan ia akan terus meningkat sehingga akhir tahun. Dari Januari hingga Julai sahaja terdapat 137 kes ODHA baharu dengan penemuan terbanyak pada Januari dengan 32 kes ODHA baharu,” katanya pada Isnin (29/8/2022).

Beliau juga mendedahkan bahawa daripada 137 kes itu, kebanyakan ODHA adalah lelaki dengan 52 orang.
Bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, terdapat 12 wanita hamil yang positif HIV/AIDS.
“Wanita hamil yang positif HIV/AIDS ini menjadi tumpuan utama kami, kerana ini memberi risiko kepada bayinya. Kemungkinan besar bayi itu juga positif HIV/AIDS sebaik dilahirkan,” katanya.
Katanya, kes HIV/AIDS dalam kalangan ibu biasanya berjangkit daripada suami yang melakukan aktiviti seks bebas.
“Biasanya suami suka ‘jajan’ dan dijangkiti HIV yang kemudiannya menularkan HIV kepada isteri. Akhirnya apabila isteri mengandung, bayi turut terkena yang turut dijangkiti HIV,” katanya.
Justeru, beliau berharap agar orang ramai tidak terlibat dalam seks bebas.
Selain itu, pengesanan awal dalam bentuk pemeriksaan HIV/AIDS perlu dijalankan bagi mengurangkan penularan.
“Kalau dikesan awal, jadi kita boleh jangkakan supaya tidak ramai yang dijangkiti. Sayang sekali, lebih-lebih lagi jika anak-anak turut dijangkiti akibat perbuatan mereka,” menurutnya lagi.
Sumber : DetikJabar
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”