KTMB Sediakan Bas, Bantu Pengguna Terkandas Akibat Banjir Kilat
KAJANG – Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilaporkan telah menyediakan beberapa buah bas untuk membawa pengguna komuter yang terkandas di dua laluan akibat banjir kilat yang berlaku sebentar tadi, lapor Kosmo.
Menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook, KTMB memaklumkan laluan yang terkandas adalah dari Sungai Gadut, Tampin ke Batu Caves yang menyebabkan perkhidmatan terpaksa ditamatkan di Batang Benar dan komuter diarahkan berpatah balik.

“Selain itu, laluan Batu Caves ke Sungai Gadut yang ditamatkan di Bangi juga diarah berpatah balik.
“Untuk info lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB,” menurut hantaran Facebook hari ini.
Sumber : Kosmo
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”