Siakap Keli
'Set' Penggera Banyak Kali Brerdepan Risiko Masalah Kesihatan
Gambat : NBCNews

Penyelidik Dapati, Mereka Yang ‘Set’ Penggera Banyak Kali Brerdepan Risiko Masalah Kesihatan

Penyelidik Dapati, Mereka Yang ‘Set’ Penggera Banyak Kali Brerdepan Risiko Masalah Kesihatan

Bangun pagi merupakan satu cabaran bagi sesetengah individu dan butang tunda (snooze) merupakan pilihan terbaik untuk mendapatkan masa tidur tambahan.

Namun, kajian mendapati masa tambahan di atas katil boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Penyelidik mendapati mereka yang menetapkan beberapa penggera untuk bangun pada waktu pagi berkemungkinan mempunyai kadar denyutan jantung yang tinggi.

Perkara ini akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti diabetes dan penyakit jantung.

Hasil kajian berasingan menunjukkan, tujuh daripada sepuluh kes penyakit jantung dan strok boleh dicegah dengan tidur malam yang nyenyak. 

Menurut para saintis di Institut Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Kebangsaan Perancis, 7,000 orang dewasa yang sihat berumur 50 hingga 75 tahun, mendapati bahawa hanya satu daripada sepuluh dewasa yang kerap tidur nyenyak.

Bagi individu yang tidur nyenyak risiko untuk menghidap penyakit jantung atau strok adalah 75 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidur kurang nyenyak.

Dalam kajian AS, alasan yang sering digunakan untuk tidur pada waktu pagi ialah perasaan tidak dapat bangun dengan hanya satu penggera. 

Gambar : Google

Bagi penunda, purata masa yang dihabiskan di atas katil selepas penggera pertama berbunyi ialah setengah jam dan orang muda lebih berkemungkinan menjadi penunda. 

Walaupun pakar tidur menyarankan untuk meletakkan telefon bimbit jauh dari bilik tidur, namun penemuan menunjukkan bahawa telefon digunakan sebagai penggera empat kali lebih kerap daripada jam tradisional.

Peserta berkemungkinan menggunakan ‘fungsi tunda’ telefon mereka yang mengeluarkan penggera susulan selepas beberapa minit daripada menetapkan penggera khusus selepas bangun tidur (sembilan minit untuk pengguna iPhone, atau lima hingga sepuluh minit untuk peranti Android).

Pakar tidur Dr Neil Stanley menyatakan, “Badan anda tidak suka untuk dikejutkan oleh penggera kerana ia menakutkan anda, degupan jantung anda meningkat dan hormon tekanan anda mencanak naik.

“Nampaknya agak pelik untuk melakukan itu pada badan anda berulang kali pada waktu pagi. Ia mungkin tidak membunuh anda, tetapi anda pastinya tidak menyediakan diri anda dengan betul untuk hari itu.”

Menurut beliau, tidur tanpa gangguan jauh lebih baik daripada tidur yang diganggu oleh penggera yang berulang dan penunda tidak mungkin akan tidur yang ‘nyenyak’ selepas dikejutkan oleh penggera pertama. 

Beliau turut mengesyorkan penggunaan jam penggera tradisional tanpa fungsi tunda dan meletakkannya jauh dari katil untuk memaksa diri anda bangun.

Tambahan lagi, beliau menjangkakan lebih ramai rakyat Britain akan menekan butang tunda mereka ketika musim luruh dan musim sejuk tiba.

“Anda perlu bangun dalam keadaan sejuk dan gelap sama ada anda suka atau tidak – walau berapa kali pun anda menekan butang tunda!” tambahnya. 

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.