Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mekanik Didakwa Bunuh Kekasih Berdepan Hukuman Gantung

Faiz Mustafa
Mekanik Berdepan Hukuman Gantung
Gambar via Kosmo!

Seorang lelaki berdepan dengan hukuman gantung selepas didakwa membunuh kekasihnya dengan menekup muka mangsa menggunakan bantal. Suspek didakwa di Mahkamah Majistret pada hari ini.

Memetik laporan akhbar Kosmo!, tertuduh hanya mengangguk selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorjidah Mohd. Jusan tanda faham. Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan disebabkan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Difahamkan, mengikut pertuduhan suspek membunuh mangsa di sebuah rumah di Kampung Sri Pandan pada jam 7.18 petang, 24 Ogos yang lalu. Pertuduhan itu dibacakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan itu telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hanis Zulkapli dan peguam Althea Suraya Rahmat sebagai wakil kepada tertuduh.

Dalam pada itu, mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, forensik dan asid deoksiribonukleik (DNA) pada 26 Oktober 2022.

Terdahulu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dilaporkan telah menekup muka kekasihnya menggunakan bantal hingga maut dalam satu kejadian di Kampung Pandan, Klang pada 26 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pada awalnya pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita di Bandar Saujana Putra yang juga merupakan rakan suspek.

Kata Hoong Fong, ia berikutan tindakan suspek yang bertindak menekup muka wanita tempatan berusia lingkungan 24 tahun itu dengan menggunakan bantal hingga tidak sedarkan diri.

BACA: Bekas Imam Masjidil Haram Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun, Didakwa Kritik Acara Benarkan Campur Jantina

Sumber: Kosmo!