‘Oyen’ Buat Hal, Cetus Punca Kesesakan Jalan Raya
PULAU PINANG – Seekor anak kucing berwarna oren dilaporkan telah menjadi punca berlakunya kesesakan jalan raya dan berjaya diselamatkan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Seorang pegawai di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Malaysia, telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia bersama dua rakan sekerjanya dan beberapa orang awam cuba untuk menyelamatkan anak kucing di tengah-tengah kesesakan jalan raya.
Menerusi video tersebut dapat dilihat mereka cuba menangkap sesuatu dibawah beberapa kenderaan di tengah jalan raya yang sesak.

Mereka berlari ke beberapa buah kenderaan untuk mengejarnya dan menghulurkan tangan ke dalam bahagian roda dan seolah-olah merasakan sesuatu.
Kemudian mereka bergegas ke sebuah Toyota Vellfire berwarna putih lalu mencari di bawahnya dan seorang pegawai menghulurkan tangannya ke dalam untuk cuba mencapai sesuatu.

Akhirnya, pegawai tersebut berjaya mendapatkan sesuatu di dalam genggamannya dan rupa-rupanya ia merupakan seekor anak kucing berwarna oren.

Kucing berwarna oren atau “Oyen” selalu dikaitkan sebagai kucing yang nakal dan suka mencetuskan masalah.
Perangai “Oyen” yang agresif atau nakal sehinggakan sebuah syarikat insurans haiwan peliharaan terkemuka di Malaysia telah mengambil nama “Oyen” sebagai nama syarikat mereka.
Terdapat banyak reaksi dan komen yang diberikan oleh warga TikTok mengenai kejadian tersebut dan video tersebut mendapat lebih 84 ribu tanda suka.
@innchoker Ada haiwan dalam bahaya 😅 #fypdongggggggg #fypシ #jpjmalaysia #enforcementjpjpenang #animalsoftiktok #pecintakucing #saveanimals #jpj #catsoftiktok
Sumber : Mothership.sg
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”