‘Pancing’ Nak Kahwin, Lelaki Tergamak Cabul Dua Anak Saudaranya Sendiri Hingga Hamil
INDONESIA – Seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan telah ditahan atas kesalahan mencabul dua orang anak saudaranya (16) dan (14) sehingga hamil, lapor DetikSulsel.
“Mangsa ketika ini sedang sarat mengandung, kakak 7 dan adiknya 6 bulan,” menurut Ketua Balai Polis Pasangkayu IPTU Ronald Suhartawan pada Selasa (30/8/2022).
Kejadian pencabulan tersebut terbongkar selepas penduduk setempat melaporkan keadaan mangsa yang sedang sarat mengandung akibat perbuatan bapa saudaranya sendiri.
Polis kemudiannya terus mengesan lokasi mangsa susulan daripada laporan tersebut. Suspek dilaporkan berjaya ditahan ketika dia berada di daerah Mamasa, Sulbar pada Isnin (21/8).
“Suspek ditangkap pada 21 Ogos lalu dan ketika ini ditahan di Balai Polis Pasangkayu beserta barang bukti,” tuturnya.
Daripada hasil pemeriksaan, suspek telah melakukan pencabulan terhadap adik beradik tersebut sejak Oktober 2021 dan suspek merupakan bapa saudara kepada adik beradik itu.
“Yang dia (pelaku) cabuli ini anak saudaranya sendiri,” tutur Ronald.
Menurut laporan, suspek telah bertindak melakukan pencabulan tersebut dengan alasan terdorong oleh nafsu ketika melihat kedua-dua anak buahnya itu.
Selain itu, suspek juga dilaporkan turut berjanji untuk mengahwini mangsa selepas melakukan perbuatannya itu.
“Suspek memujuk mangsa untuk melakukan perbuatan tersebut dengan janji akan menikahinya,” ujarnya.
Dilaporkan, suspek bersama barang bukti sudah berjaya ditahan di Balai Polis Pasangkayu.
Sumber : DetikSulsel
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”