Siakap Keli
Maut Sehari Sebelum Berkahwin Ketika Sedang 'Sedut Lemak'
Gambar: The Hans India

Wanita Dilapor Maut Sehari Sebelum Berkahwin Ketika Sedang ‘Sedut Lemak’

Wanita Dilapor Maut Sehari Sebelum Berkahwin Ketika Sedang ‘Sedut Lemak’

TAIWAN- Seorang wanita dilapor maut semasa menjalankan prosedur sedut lemak sehari sebelum majlis perkahwinannya.

Menurut portal Wolipop, mangsa dan tunangnya telah pergi ke sebuah Klinik Estetik dan Kecantikan Perubatan di daerah Datong, Taipei City, Taiwan untuk melakukan prosedur sedut lemak lengan dan perutnya.

Proses itu memakan masa selama 5 jam dan secara tiba-tiba keadaan di klinik tersebut bertukar menjadi kelam kabut. Kakitangan klinik cuba untuk melakukan CPR kepada mangsa namun degupan jantungnya terus menurun.

Kemudian, pihak klinik menghubungi ambulans namun semasa ambulans tiba degupan jantung mangsa telah terhenti.

Para doktor telah cuba menyelamatkan nyawa mangsa tetapi malangnya tidak berjaya dan disahkan meninggal dunia.

Kematian mangsa mengejutkan pihak keluarga memandangkan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tunang dan keluarga mangsa mengesyaki sesuatu telah berlaku semasa pembedahan sedut lemak yang membawa kepada kematiannya.

Kemudian, keluarga dan tunangnya memfailkan saman terhadap klinik kecantikan itu dan mempersoalkan sama ada klinik kecantikan cuba menyelamatkan mangsa apabila mendapati degupan jantung mangsa menurun atau tidak.

Bagaimanapun, klinik kecantikan itu menyatakan bahawa semua pakar bedah dan pakar bius di sana mempunyai pensijilan profesional dan prosedurnya dijalankan mengikut peraturan perubatan.

Selepas hanya dua hari kematian mangsa, klinik kecantikan itu dibuka semula.

Perkara ini telah menimbulkan kemarahan keluarga mangsa.

Ketika ini polis tempatan dilaporkan masih menyiasat kes itu sementara menunggu keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian.

Sumber : Wolipop

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.