Siakap Keli
Gambar: Google

Lelaki Kasari Bini Orang Ditahan Polis, Bengang ‘Chat’ WhatsApp Tak Dibalas

Lelaki Kasari Bini Orang Ditahan Polis, Bengang ‘Chat’ WhatsApp Tak Dibalas

Indonesia – Seorang lelaki berasal dari daerah Kediri, Indonesia ditahan oleh pihak polis atas kesalahan mengasari isteri orang.

Ketua Polis Daerah Pagu, AKP Agus Sudarjanto menjelaskan kejadian bermula pada Khamis, semasa suspek mengambil mangsa di rumah rakannya dengan menaiki motosikal.

Kemudian suspek memberhentikan motosikalnya di atas jabatan di Kampung Kambingan, Pagu untuk bertanyakan alasan wanita tersebut tidak membalas chat WhatsAppnya.

“Ketika itu, suspek terus bertanyakan kepada mangsa tentang mengapa tidak membalas pesanan WhatsAppnya. Kemudian, mangsa menjawab kerana masih bekerja,” jelas Agus, Rabu (31/8/2022).

Selepas mendengar jawapan yang diberikan oleh wanita tersebut, lelaki itu naik marah dan bertindak mencubit leher mangsa dari belakang sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke atas jalan raya.

Tak hanya itu, suspek juga turut menolak mangsa ke dalam sungai menyebabkan mangsa hampir terjatuh namun suspek sempat mencapai seluar mangsa untuk menariknya kembali.

“Mangsa dan suspek menjalinkan hubungan cinta. Disyaki suspek cemburu. Sementara itu, mangsa menyatakan kepada suspek bahawa dia tidak lagi mahu meneruskan hubungan,” tambah Agus.

Sejurus selepas itu, suspek telah bertindak menghempas semula mangsa buat kali kedua di atas jalan raya menyebabkan mangsa tidak dapat berdiri.

“Selepas itu mangsa diiringi pulang ke rumahnya,” jelas Agus.

Kejadian itu dilaporkan telah membuatkan badan mangsa kesakitan sehingga tidak mampu untuk berdiri.

Keesokan harinya, suspek menjemput mangsa di rumah rakannya namun mangsa menyuruh suspek untuk pulang.

Mangsa yang ketakutan terus memanggil suaminya. Belum sempat suami mangsa sampai, suspek dilaporkan telah melarikan diri.

Oleh kerana berasa terancam, mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Menerusi laporan itu, pihak polis telah terus melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa di Hospital Bhayangkara Kediri. Hasilnya, mangsa dilaporkan mengalami luka di bahagian paha, tangan dan lengan.

Tidak lama kemudian, suspek berjaya ditahan dan terus dibawa ke pejabat polis.

Menurut Agus, penganiayaan itu berpunca daripada sikap cemburu kerana mangsa berstatus isteri orang.

Hasil siasatan mendapati suspek sebenarnya telah melakukan penganiayaan terhadap mangsa sebanyak tiga kali, dua kali di dalam rumah dan satu kali di jambatan.

Sumber : DetikJatim

Anis Annisa