Siakap Keli
Angkasawan China
Gambar via Daily China

Padi Ditanam Angkasawan China Berjaya Tumbuh Di Stesen Angkasa

Angkasawan China melaporkan telah berjaya menanam anak benih padi di atas stesen angkasa Tiangong dan eksperimen tersebut mungkin memberi gambaran penting tentang cara angkasawan boleh menyediakan sumber makanan untuk menyokong misi angkasa lepas dalam jangka masa panjang, jelas pakar. 

Walaupun terdapat eksperimen tanaman padi yang sama di stesen angkasa lepas lain, eksperimen yang dijalankan di Tiangong ini adalah yang pertama dengan objektif untuk menghasilkan kitaran hayat lengkap tumbuhan tersebut bermula dari biji benih dan diakhiri dengan tumbuhan matang hingga mengeluarkan biji benih yang baru. 

Memetik Daily China, mereka telah melancarkan makmal angkasa Wentian ke orbit angkasa pada 24 Julai lalu untuk berlabuh di di modul teras Tianhe stesen angkasa China.

Difahamkan, makmal tersebut mempunyai berat 23 tan metrik dan berketinggian 17.9 meter yang merupakan kapal angkasa terbesar dan terberat di negara itu setakat ini. Disamping itu, terdapat lapan muatan eksperimental dalam kapal itu termasuk satu muatan untuk eksperimen beras padi. 

Salah seorang penyelidik di Pusat Teknologi dan Kejuruteraan untuk Penggunaan Angkasa Akademi Sains China, Zhao Liping berkata, muatan tersebut beroperasi dengan lancar dan ketiga-tiga angkasawan itu telah menjalankan eksperimen dan mengujinya mengikut apa yang telah direncanakan. 

Menurut China Daily, penyelidik di Pusat Kecemerlangan dalam Sains Tumbuhan Molekul Akademi Sains China, Zheng Huiqiong pula berkata, sejak eksperimen itu mula dijalankan pada 29 Julai lalu, anak benih varieti padi pucuk tinggi telah mencapai ketinggian kira-kira 30 sentimeter dan anak benih varieti padi kerdil pula tumbuh sekitar lima cm.  

“Anak benih padi berkembang dengan sangat baik,” katanya. 

Dalam pada itu, dia juga berkata bahawa eksperimen iu menganduni anak benih Arabidopsis thaliana, tumbuhan berbunga kecil dalam keluarga sayuran sawi yang sering digunakan oleh saintis untuk mengkaji mutasi. 

Angkasawan akan terus memantau tumbuhan-tumbuhan itu dan jika eksperimen itu berjaya, mereka akan mengumpul semula biji benih baru yang dihasilkan dan membawanya kembali ke Bumi untuk kajian lebih lanjut. 

“Kami mahu kaji bagaimana mikrogravitiboeh menjejaskan masa debunga tumbuhan pada tahap molekul dan sama ada ia mungkin menggunakan persekitaran mikrograviti untuk mengawal proses yang berkaitan,” jelasnya. 

Sebagai maklumat tambahan, pendebungaan adalah peringkat penting untuk perkembangan pembiakan tumbuhan. 

Sejak tahun 1980, China telah membawa benih padi dan tenaman lain ke angkasa untuk membantu mereka bermutasi dan menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi untuk ditanam semula di Bumi. 

Walau bagaimanapun, menyemai padi di orbit bukan hal yang mudah dan penuh cabaran dengan keadaan yang berbeza seperti adanya mikrograviti, kekurangan udara dan sinaran kosmik berkuasa tinggi. 

Beras merupakan makanan ruji kepada angkasawan sejak zaman awal penerokaan angkasa lepas. Angkasawan Amerika Syarikat (AS) dalam misi Apollo 11 merupakan manusia pertama yang mendarat di bulan pada Julai 1969 menjadian ayam dan nasi sejuk beku sebagai bekal makanan mereka semasa di angkasa lepas. 

“Namun, jika mahu mendarat dan meneroka planet Marikh, bekalan makan yang dibawa dari Bumi memang tidak mencukupi untuk melakukan ekspedisi yang panjang. 

“Oleh itu, kita perlu mencari sumber makanan yang mampan untuk penerokaan angkasa lepas dalam jangka masa yang panjang,” jelasnya kata Zheng, lapor China Daily.

BACA: Penangan Ustaz Azhar Idrus, Abang Bomba Tengah Berarak Merdeka Serbu Nak Salam & Bergambar

Sumber: China Daily

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.